Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

tabah wahai sekeping hati

1

Posted by . | Posted in

buat kawanku yang jauh di utara sana,
tabahkan hati kamu.gagahkan jiwa kamu.kukuhkan pegangan kamu.sepertimana yang kamu minta aku tolong kamu,aku sentiasa menolong kamu dan menyokong kamu.sentiasa berada di sisi kamu dengan janji yang kamu akan tolong diri kamu sendiri okay?janji kamu akan aku pegang.sentiasa kuat lawan sakit itu.sentiasa cuba untuk fikir positif.sakit itu adalah ujian.sakit itu menguji semangat ketabahan kamu.kalaulah aku tahu di mana kamu berada sekarang,sumpah aku mahu ke sana dan berada di sana.sekurang-kurangnya dengan lawak bodoh aku dan kamu panggil aku bodoh berupaya hilangkan sedikit sakit kamu.aku tak kisah.untuk kamu teman.sentiasa sayang diri kamu seadanya kerana jangan fikir kami tak sayang kamu.kami sayang kamu.tolong hidup kuat untuk ibu.tolong hidup kuat untuk darwisy.tolong hidup kuat untuk kakak dan adik.tolong hidup kuat untuk kawan-kawan.aku tahu kamu pelajar pintar.jangan jadikan alasan sakit untuk kamu berhenti.kamu lebih kuat dari apa yang aku tahu.tolong aku untuk aku tolong kamu.tolong aku dengan cuba untuk kuat dan tabah dan aku akan tolong kamu untuk tengok matahari esok pagi okay?janji dengan aku jangan menangis sebab sakit.Tuhan takkan tolong kamu kalau kamu tak nak jaga diri sendiri.janji dengan aku, kamu akan kuat,makan ubat.makan nasi.makan banyak.bagi cepat sihat.bagi cepat jumpa aku.jumpa ibu.jumpa darwisy.jumpa orang lain.orang lain yang masih sayang kamu okay?jaga diri ya.cepat sembuh,sentiasa kuat.aku sentiasa dengan kamu okay.menangis pada aku dan merintih pada Tuhan ya?jaga diri.aku sayang kamu.kami semua sayang kamu.

tiada kek untuk kamu

1

Posted by . | Posted in

kehadapan sahabatku yang dikasihi,

tujuan aku menulis surat dalam entry ini adalah untuk megucapkan selamat hari jadi yang ke 20.kau sudah tua.sayang.stok tepung dan telur telah ku beli tapi kau tiada disini.

"babe,kau sudah 20.dah besar dah.sudah layak buat apa jua keputusan.sorry.aku jauh.nanti kita kumpul balik,kita ganti balik harijadi yg terlepas ini ya?juga aku nak mintak maaf dekat kau.bila kau tanya dulu,aku marah ke tak,aku cakap tak,tapi kau tahu aku marah kan?aku marah bukan sebab apa.aku tak nak kau nangis lagi.kau tahu kan betapa aku tak tahan tengok kau nangis.tapi sekarang aku sudah okay.aku sudah boleh terima semua itu dan aku sokong kau dengan dia tapi aku still lindungi kau.bila-bila saja dia buat kau,beritahu aku okay?dan aku masih ada untuk kau kongsi rasa.macam dulu-dulu.i do miss the old days.aku tak buang kawan.apatah lagi kau.kau cinta hati aku.tak mungkin aku nak lupa kau.dulu aku pura-pura merajuk.hahahaha.sudah tade kawan nak join kelab single aku lagi.but for God sake,i do happy when u happy.i do smile when u smile and when u cry dear,i hurt much more.aku rindu kau sungguh-sungguh.gila rindu masa pergi sekolah dengan kau.lepak rumah kau.menangis dengan kau.balik kampung kau.lepak dengan sepupu kau.sentiasa orang cakap,benda-benda ini kita semua akan kenang balik.i do.dan setiap kali aku ingat,i do cry.hahahaha.sebab aku tahu,saat macam dulu tak akan datang balik kan?okay.kau jangan sedih-sedih lagi.aku ada.sentiasa tulis surat untuk aku okay?aku rindu nak baca.sejauh mana kau pergi.selama mana kau menyepi.seteruk mana kau marah.sedikit mana kasih sayang kau.aku tak akan ubah nama kau dalam hidup aku.kau istimewa dan sebahagian hidup aku.mana mungkin kita berpisah kecuali ajal.aku sayang kamu.selamat menempuh alam 20.moga bahagia milik kamu sentiasa."


yang selalu rindu kamu,
jiha

terpendam

0

Posted by . | Posted in ,

saya punya sedikit waktu pagi ini untuk menulis kerana anak kesayangan saya sedang lena diulit mimpi dengan ultraman.sudah terlalu lama saya tidak menulis.bahasa sudah tunggang langgang tiada arah.sama macam hati yang serabut.terlalu banyak benda tak selesai dari dulu lagi.dari 3 tahun lepas.dari zaman sekolah.dari zaman tadika.dari zaman kanak-kanak.semua kerana sifat pendam ini. saya tak tahu macam mana mahu luahkan tanpa memendam.kalaulah saya cuma tahu bercakap tanpa memikirkan akibat,sudah tentu saya lain sekarang ini.sudah tentu.tapi halangan pendam itu ada.saya cukup menjaga hubungan ini.sebab saya hargai apa yang berlaku.sampai bila saya akan berani untuk berterus terang kerana penyakit pendam ini sudah jadi kanser pendam.tapi tak sehebat gunung berapi.kerana saya tak nak menyakiti sesiapa pun.sikit pun tak nak.saya ada hati yang sangat rapuh biarpun saya sentiasa membina tembok di hadapan saya.untuk melindungi hati tentunya.tadi saya berbicara secara maya dengan salsabella.anak saudara saya.dia bagi saya pandangan yg sangat luas tentang makna bercinta itu.saya setuju dengan dia.katanya tak nak bercinta dan terus kahwin sahaja.bercinta itu berdosa baginya.dia sedang memperbaiki diri ke arah positif.saya sentiasakan doakan dia adalah insan-insan terpilih.dia sudah mendapat hidayah Allah.hati saya tiba-tiba terdetik.kenapa saya tidak jadi insan terpilih itu?saya tidak bertuahkah?sekali lagi jawapan saya adalah aturan Tuhan.saya akur tentang itu.dan tadi saya juga berbicara dengan abg secara matang.tanya dia soalan terpendam saya itu.dan nyata jawapan dia seperti jawapan insan-insan lain.sungguh perit untuk menerima itu tapi dia nyatakan yang dia sentiasa ada untuk saya walau apa pun jadi.saya tahu itu dan saya tak akan takut untuk buat keputusan.kerana saya tahu itu apa yang saya nak.macam abg cakap,kena berani.dan saya berani untuk tengok matahari esok walau apa keadaannya.doakan saya supaya berani pergi ke awan selepas ini.






*saya sedang menanggung rindu.sungguh saya benci perpisahan.ianya menarik seluruh jiwa raga saya.boleh tak bagi saya jam masa?saya mahu putar masa kebelakang.kalau boleh saya nak rakam setiap gelak ketawa kamu semua supaya saya akan dapat tengok lagi.tidaklah saya menangis begini.kamu semua yang berperasaan seperti saya juga,saya sangat rindukan kamu semua.jangan menangis selalu.kamu sentiasa di hati saya.

subuh hari

4

Posted by . | Posted in

subuh hari.
aku baru sahaja menutup ruangan sosial myspace.
komen terakhir adalah dengan abg.oh.kau memang seorang abg yg baik.terima kasih Tuhan untuk abg.sila jaga dia baik-baik.
tadi ada seseorang mahu aku menerima hatinya.maaf.aku tak mungkin boleh lakukan itu.
jujur.hati masih belum bersedia.Tuhan masih belum bagi aku kekuatan yang cukup.
aku selesa begini.selesa sendirian.tidak terikat.
naz sedang lena tidur.alangkah damainya wajah yang satu itu.aku teringatkan afiq.betapa mulus wajah kecil itu.ohh.aku mahu pulang ke rumah.sumpah.aku mahu putarkan masa.jedakan masa ketika aku dan afiq.jangan sesiapa ganggu.jangan sesiapa iri hati.
semalam aku menerima warkah cinta rindu kasih yang bertintakan air mata.sayang.kau sudah kuat sekarang.kau sudah tabah.kau tak lagi jatuh terduduk.kau tak lagi terjun ke dalam masalah.kau hebat sekarang baby.kau juara dalam pertandingan siapa wanita kuat.ya.aku anugerahkan kamu gelaran itu.teruskan selangkah lagi untuk menjadi wanita cantik.seterusnya kau akan jadi wanita sempurna idaman lelaki.cuma kau kena yakin.kau kena berani.sila jadi kuat.jangan menangis kecuali kau sudah kehabisan nafas.okay.aku sentiasa denganmu.




wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya,
tersenyum di saat tertekan,
tertawa di saat hati sedang menangis,
memberkati di saat terhina,
mempesona kerana mengampuni,
wanita cantik mengasihi tanpa memarah,
bertambah kuat dalam doa dan pengharapan,
wanita cantik di sisi Allah.


ini resipi buat kamu baby.sila cuba.buktikan hasilnya.

thanks yean.

2

Posted by . | Posted in

award dr yean.


kasih buat kamu banyak-banyak.award ni comel mcm kamu juga.


dear sha.

5

Posted by . | Posted in

tag..
1.Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
-dahi.pipi.tangan.hahhahhaha.

2.How did u feel when u woke up this morning?
-malas la ke kelas.perlu ke kelas2 ni?

3.Who was the last person / people you took photo with ?
-housemate.naz,fiza,along,wani.seronok.:)

4.Would u consider urself spoiled ?
-x kot?

5.Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
-ada2.kawan paling best dalam dunia.

6.Do you want someone to be dead?
-someone that hurt my love can go to hell.gila jahat aku.

7.What does your last text message say?
-to abg nawi."sori.adik mamai td.present suma ok?bagus2,ok.abg jga dri.drive leklok.ngantuk berhnti.jgn laju2.kang abg kemana,fairlady kemana.jga dri.adk akn rndu abg selalu.abg pun sila rndu adk.krang smpai bgtau.bye".wah.copy sebijik 2.hahahha

8.What are you thinking right now ?
-lapar.bosan.ipoh ni bndr mati tul.makcik sebelah ni sila jgn menyibuk la.

9.Do you want someone to be with you right now ?
-seseorang yg kaya.can fulfill my dream.nak kereta skrang leyh?

10.What was the time you went to bed last night ?
-gila.smlam x dpat tdo.kul bape ntah tertdo.

11.Where did you buy the tee you are wearing now ?
-scarlet jj kinta city.ipoh.

12.Who was the last person who text you ?
-nazirah ehsan

13.TEN Lucky Person to do this quiz.
-1- nazirah
-2- nazrul
-3- t.k.a
-4- ahmad nazri azmi
-5-maisara
-6-yean
-7-nadia
-8-lolipop
-9-hunny
-10-fiza
14.Who is no.2 having a relationship with ?
-tgh berpikir2 ni.sape pompuan itu ya?

15.Is no.3 a male or a female?
-lelaki.pasti!

16.If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
-owh tidak.lesbian itu.dosa.

17.What is no.1 studying about?
-multimedia jugak la.

18.When was the last time you chatted with them?
-ari ini.

19.Is no.4 single?
-tidak2.dia sudah punya maharani.

20.Say something about no. 2.
-kau cool la.

21.What do you think about no.3 & no.5 being together?
-bleh ja.lagi aku suka.hahahha.

22.Describe no.9
-budak klas aku ni.

23.What will you do if no.6 and no.7 fight ?
-owh.sudah tentu leraikan.x bek la gado2.

24.Do you like 8?
-sure.chenta ati sampai mati.

25.How about 10?
-kawan aku yg paling malas nk update blog.sila delete blog anda la.

tiada tajuk sesuai

2

Posted by . | Posted in

*malas nk pk sebenarnya.lately,kinda busy with assignment.bila entah gunung tugasan mahu runtuh.alangkah bahagianya jiwa pada ketika itu.sambil sibuk membuat coding programming,naz menggunakan 1 medium komunikasi yang amat popular iaitu yahoo mesengger.
ahmad nazri (3/12/2009 2:34:33 AM): suprise 4 u at my blog
alia najiha (3/12/2009 2:34:41 AM): really?
alia najiha (3/12/2009 2:34:46 AM): wat is it dear?
alia najiha (3/12/2009 2:34:51 AM): bleh wat i mati x?
alia najiha (3/12/2009 2:34:58 AM): i ade sakit jantung ni
ahmad nazri (3/12/2009 2:35:45 AM): its more suprise if u read for usrelf
alia najiha (3/12/2009 2:35:59 AM): okay
alia najiha (3/12/2009 2:36:04 AM): give me 5 minute
alia najiha (3/12/2009 2:36:12 AM): i nk wat cding program ni jap
alia najiha (3/12/2009 2:36:13 AM): k?
selepas 8 setengah minit,aku pun dengan hati yang bagai nk terjun keluar sedangkan aku masih mahu hdup,membuka blg naz.sambil terpikir,mungkinkah naz melamar aku?ape aku nak jawab ni?xnak kawin lagi.setelah internet explorer itu mngambil masa untuk membuka,terpaparlah kejutan tersebut.penghargaan dari naz untuk keajaiban dunianya.it touch my heart.seriously,naz adalah seorang makhluk berjantina lelaki yang membuat perangai sedemikian.menghargai sesiapa yg hadir dlm hdupnya.dia insan istimewa.insan bertuah.insan 1 dalam 200.sesiapa yg memilikinya seperti memiliki jiwa kebebasan berfikir dan melaksanakan sesuatu.kamu kreatif naz.sepatutnya kamu berada di tempat saya sekarang ini.kalaulah kamu bujang dan masih belum berpunya,saya akan suruh mummy saya pinangkan kamu.hahhhaa.agak kedengaran gatal dan gedik ayat ini.abaikan.kadang2 saya mereng bersama naz.dia buatkan penyakit saya tambah teruk.sebab 2 saya selalu membangkang kamu.tapi kan naz,bukankan ape yang kamu bangkang itu adalah hakikat hdup yang kamu nak elak?

kami

1

Posted by . | Posted in


weee~
exam esok.tp x prepare pape pun lgi.
hdup yg sungguh relax.sgt sntai.smlam da antr final poject da.sgt lega.leh fokus kt final.wee~
urm..x sbr nk abes final coz nk hang out ngan kawan2 lagi..
love u all.
gud luck n ganbatte!!!
never give up before u try.

mlm yg suram..

2

Posted by . | Posted in



1 mnit lg kul 2.27 hb october.aku da lama x tulis blog ni sebab aku lupa aku nyer pasword.weee...emm,mta xmau pejam lg,smbil duk ats katil liza,sebelah aku ni naz,mlm ni die tdo ngan aku.sowie fza,aku x tdo ngan ko mlm ni,kite 22 msih x bape nk chat lg kan?kuarantin time..
ada kt ats ngah brak2 ngan bapak,her bf.aku duk sni.pk n pk.solan aku:kenapa perubahan itu perlu dlm hdup?kenapa mesti sumanya berubah?kenapa xleh yg asl kew?knapa mesti ade yg terluka pd 2perubahan,kenpa mesti berubah?yes,perubahan itu perlu untuk memajukan diri,tp kenapa mesti ade ati yg terluka..
kita mmg x penah nk puas ngan ape yg kiter ade..