terpendam

Posted by . | Posted in ,

saya punya sedikit waktu pagi ini untuk menulis kerana anak kesayangan saya sedang lena diulit mimpi dengan ultraman.sudah terlalu lama saya tidak menulis.bahasa sudah tunggang langgang tiada arah.sama macam hati yang serabut.terlalu banyak benda tak selesai dari dulu lagi.dari 3 tahun lepas.dari zaman sekolah.dari zaman tadika.dari zaman kanak-kanak.semua kerana sifat pendam ini. saya tak tahu macam mana mahu luahkan tanpa memendam.kalaulah saya cuma tahu bercakap tanpa memikirkan akibat,sudah tentu saya lain sekarang ini.sudah tentu.tapi halangan pendam itu ada.saya cukup menjaga hubungan ini.sebab saya hargai apa yang berlaku.sampai bila saya akan berani untuk berterus terang kerana penyakit pendam ini sudah jadi kanser pendam.tapi tak sehebat gunung berapi.kerana saya tak nak menyakiti sesiapa pun.sikit pun tak nak.saya ada hati yang sangat rapuh biarpun saya sentiasa membina tembok di hadapan saya.untuk melindungi hati tentunya.tadi saya berbicara secara maya dengan salsabella.anak saudara saya.dia bagi saya pandangan yg sangat luas tentang makna bercinta itu.saya setuju dengan dia.katanya tak nak bercinta dan terus kahwin sahaja.bercinta itu berdosa baginya.dia sedang memperbaiki diri ke arah positif.saya sentiasakan doakan dia adalah insan-insan terpilih.dia sudah mendapat hidayah Allah.hati saya tiba-tiba terdetik.kenapa saya tidak jadi insan terpilih itu?saya tidak bertuahkah?sekali lagi jawapan saya adalah aturan Tuhan.saya akur tentang itu.dan tadi saya juga berbicara dengan abg secara matang.tanya dia soalan terpendam saya itu.dan nyata jawapan dia seperti jawapan insan-insan lain.sungguh perit untuk menerima itu tapi dia nyatakan yang dia sentiasa ada untuk saya walau apa pun jadi.saya tahu itu dan saya tak akan takut untuk buat keputusan.kerana saya tahu itu apa yang saya nak.macam abg cakap,kena berani.dan saya berani untuk tengok matahari esok walau apa keadaannya.doakan saya supaya berani pergi ke awan selepas ini.






*saya sedang menanggung rindu.sungguh saya benci perpisahan.ianya menarik seluruh jiwa raga saya.boleh tak bagi saya jam masa?saya mahu putar masa kebelakang.kalau boleh saya nak rakam setiap gelak ketawa kamu semua supaya saya akan dapat tengok lagi.tidaklah saya menangis begini.kamu semua yang berperasaan seperti saya juga,saya sangat rindukan kamu semua.jangan menangis selalu.kamu sentiasa di hati saya.

Comments (0)