cerita semalam dan semalam.

Posted by . | Posted in ,

semalam dan semalam lagi adalah hari sebelum saya menduduki kertas peperiksaan akhir dan juga kertas terakhir untuk saya dalam tempoh 3 tahun saya disini.saya tak tahu kenapa semalam dan semalam itu saya tiada hati mahu belajar.hati saya terbang tanpa arah dan tanpa henti kerana di udara tiada lampu isyarat.maka hati saya terbang semahunya.saya hilang dan hilang dengan buku yang terbuka di depan.selepas itu telefon saya berbunyi menandakan ada mesej.mesej dari abg nawi.dan ini sungguh pelik kerana dia jarang menghantar mesej di siang hari untuk bertanya saya dimana kerana saya tahu dia amat sibuk.selepas menjawab mesej itu dengan mengatakan saya di rumah,dia memberitahu dia akan datang ke rumah saya sekejap lagi.saya terkejut kerana dia tiada jet untuk datang dengan sekelip mata.anggapan saya dia bergurau di siang hari.saya pun meneruskan membaca buku yang saya tak tahu apa saya baca.hati tak tenang.dan saya pula mendapat panggilan telefon dari abg.dia cakap dia kat luar.saya terus keluar dan air mata saya hampir luruh.dia abg.saya adik.betapa saya rindu dia dan dia depan mata.dia semakin gemuk dan kacak.katanya pakai bedak sejuk.abg masih seperti hari pertama adik kenal.senyum dan gelak.dia baru sampai ipoh dan datang untuk jenguk saya,tanya khabar saya dan bagi saya tiket wayang percuma dan juga mahu mengambil transkrip diploma.dia benar2 abg tak sedarah yang baik.Tuhan tolong saya.berilah dia insan sempurna.selepas dia pulang saya gembira.terdetik di hati saya,perasaan yang tidak enak itu adakah perasaan rindu pada seseorang?malam merangkak tiba.pagi hampir menjelma.saya masih begitu.rungsing dan rungsing.saya rindukan kenangan dulu.sangat2 dan saya tahu saya tak boleh putar itu semua.saya pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada.saya tabah dan teruskan hidup ini.macam yang semua orang nak.nak saya sentiasa kuat.tapi anda semua,boleh tak kalau saya menangis sekali sekala?kertas iid saya jawab dengan hati sedikit tenang.kertas terakhir untuk saya.tak terlambat untuk saya ucapkan selamat menghadapi minggu peperiksaan.saya keluar dewan dan ingatan masa lampau terbayang kembali.sesungguhnya rindu dan penantian itu sakit.saya pulang ke rumah dan tidur.bangun tidur,along dan fiza berbicara tentang cantik.saya cakapkan pada mereka,cantik itu subjektif.beauty lies in the eyes of beholder.dan mereka mahu potong rambut saya.saya relakan sahaja kerana saya tahu rambut ini kenangan dia.dan saya terlupa nak tanya abg.masih hadirkah lagi arwah kakak dalam hidup dia sebagaimana arwah dia dalam hidup saya?sungguh Tuhan benar2 uji saya dengan hidup ini.dan kemudian saya tidur dan tidur.sekian cerita semalam dan semalam.


ini gambar beberapa tahun lepas.dia masih kacak.dia masih abg saya.

ps: sekarang saya mahu ajak siapa untuk menonton wayang bersama?

Comments (0)