hujan dan perpisahan

Posted by . | Posted in

hujan di ipoh.seperti hujan di hati saya.seperti hujan mukus-mukus di hidung saya.seperti hujan di hati mereka.seperti mereka dan saya yang menangis dalam hujan supaya tiada yang tahu.eh.merepek apa ini.stop it najihah.pagi khamis.hujan.sejuk.saya masih demam.batuk.selesema.Tuhan memang sayang saya.naz di klang.pulang kerana satu berita kematian.takziah.saya rindu dia tidur sebelah saya.
saya rindu.sila pulang cepat ya?esok saya punya 1 temuduga untuk praktikal.gila.saya sangat gementar.tapi saya akan cuba yakin.kebelakangan ini perasaan itu mula surut diganti dengan perasaan rindu.saya akan rindu semua ini.rindu kawan-kawan.rindu kolej.rindu segalanya.rindu tak terucap dengan kata.saya masih bayangkan hari pertama saya sampai di ipoh dan saya menangis pada malam itu.menangis kerana saya tidak mahu disini.menangis kerana saya rasa saya patut berada di hostel di ums untuk pengajian marin biologi.sedih kerana saya menjaga hati.dan kini selepas hampir 3 tahun,saya sedar saya akan tinggalkan sini dengan perasaan rindu yang teramat.janji yang tak tertunai.gelak ketawa yang siang malam kedengaran.perasaan mempunyai dan dipunyai satu kelompok manusia.dan bila saya pulang,itu semua akan hilang.saya tak boleh minta pada Tuhan supaya tiada perpisahan kerana itu hakikat hidup.perpisahan memang saya tak mampu halang.sungguh.saya tak mampu.cuma saya relakan sahaja dalam tangisan.saya benci pada pertemuan kerana saya takut pada perpisahan tapi sejauh mana saya mahu lari ianya adalah hakikat hidup dan saya akuinya.sangat pedih perpisahan itu.abadi atau sementara."bebe,kalau kau baca ini,ingat semua pesan aku.ingat semua yang aku cakapkan.be good.jangan besar cepat sangat.always be my boy.my boboy.my bebe.bebe jaga diri.jaga papa.jaga semua.jangan gatal dengan gadis jepun.aku mahu isteri bebe orang melayu.balik sini semula nanti.cari aku dekat rumah lama di kampung.kirim hadiah setiap kali hari jadi aku.bebe tolong jadi kuat di sana ya?malaysia-jepun bukan macam terengganu-kuala lumpur.bebe jangan buat hal.susah aku nak tolong.bebe jangan nangis selalu.nanti aku pun akan nangis.aku tiada tuala nak antar ke sana.bebe jangan susah hati.semua disini doakan bebe.bebe jangan risau okay?aku akan jaga semua benda di malaysia.bebe jangan main salji banyak sangat.bebe kan tak tahan sejuk.bebe jangan lupa aku tau.aku pegang janji bebe.janji aku dengan bebe.janji kita.jadi seseorang bila tiba masanya.bebe jangan buat rambut pelangi.cukup lah 1 warna saja.bebe,aku tunggu bebe balik sebelum aku kahwin.aku nak bebe sponsor wedding aku.bebe duduk sana baik baik tau.nanti aku ke sana cari bebe.kita raya sama-sama okay?bebe jangan sedih-sedih.bebe jangan nangis-nangis rindu.bebe sentiasa jadi guardian angel aku.aku sentiasa jadi wonderwall kau.sila tahan rindu itu.aku tahu rindu itu sakit.tapi ini yang buatkan kita tabah hadapi hidup.be strong bebe.always smile.dont cry."
tuntutan hati walau tak mahu berpisah tapi ini kitaran hidup.bertemu.berpisah.berpisah.bertemu.kerana ini mengajar kita menghargai sesuatu.sila tabah dengan perpisahan ini.hujan masih lagi jatuh di luar tingkap.aku masih disini.masih menangisi perpisahan.sukar.tapi aku cuba.






naz: relakan perpisahan yang abadi ini.tabah.itu hak Nya.

bebe: terima perpisahan ini dengan redha.sentiasa ingat pada janji.jangan nangis selalu.

Comments (3)

abadi sebuah perpisahan.. bersemadi bersama rasa kehilangan..
mencuba lah untuk terus bertahan...
walau hari mu xseindah impian...

terima kasih kerana kamu menjadi seorang kawan yg baik.
dan untuk org2 yg kamu syg.. semuga kesejahteraan sentiasa ada bersama mereka.

jiha..

sobs~ salam:)
sungguh penyayang kamu:)