terkenang

0

Posted by . | Posted in

last updated untuk blog ini dalam 2-3 tahun lepas.lama.besar jarak dan ruang waktu.macam-macam sudah jadi.macam-macam telah rasa.bak kata tegar ; aku yang dulu bukanlan yang sekarang . saya sudah kehilangan jiwa.patah hati.pendek rasa tentang menulis.dulu cita cita separuh jadi adalah untuk mejadi penulis.tapi sekarang bakat menulis tiada lagi.itu yang dibiar saja blog ini.masih panjang umurnya.

assalamualaikum ,
saya menulis semula disebabkan terlampau banyak benda berlaku dan tidak boleh untuk ditampung motherboard otak saya lagi.saya kena menulis.supaya saya tak rosak.banyak benda berlaku mengubah diri saya.memberi rupa baru pada pemikiran saya.memberi cara baru pada hidup saya.memberi ruang baru kepada saya.saya sudah berpindah ke kelantan selepas hampir empat tahun saya bekerja di kl.kl tempat saya membesar dan mengenal dunia.dunia sementara.saya tinggalkan kawan- kawan, saya tinggalkan kenangan, saya lepaskan memori dan pergi ke kelantan untuk mulakan hidup baru.disini saya belajar sisi baru erti hidup.dimensi lain tentang manusia.manusia yang jiwa rapuh.jiwa kecil.pada mulanya susah untuk menerima segalanya.360 darjah hidup saya berputar.semua benda seolah olah menentang saya di tempat baru.tapi kawan saya pernah cakap yang saya ini macam iguana.ability to change based on surrounding.saya telan kata kata dia dan saya cuba untuk hidup di sini.alhamdulillah, kata kata itu tidak terluah semula and disini saya sekarang.hampir empat bulan dan masih bertahan.di sini segalanya berbeza.baik orangnya mahupun tempatnya.jikalau saya pernah jumpa 10 perangai berbeza di kl, disini perangai berbeza adalah sekitar 100.besar nisbah untuk pekan kecil seperti ini.tapi semua itu tak dapat dibandingkan dengan suasana pagi yang sangat cantik, berkabus dan sejuk.tambah pula dekat dengan kakak.mummy pun tak risau.ini antara sebab kenapa saya tidak bungkus kain baju pindah semula ke kl walau keadaan begitu menyeksa disini.disini saya seperti temui jiwa keras saya.jiwa masa zaman remaja.bezanya cuma akal sudah dewasa.tapi sebenarnya sebab utama saya berpindah ke sini adalah untuk mencari hidup.di tempat baru lebih mudah untuk mulakan hidup tanpa ada sesiapa menghukum atas kesalahan lampau.walau Allah yang memegang jiwa jiwa mereka, setidaknya ada usaha dari saya bukan?






-yang kembali menulis sambil tunggu orang pasang cctv

sendiri

0

Posted by . | Posted in


sabtu.29/10/2011.jam 9:21 am.sendiri.seorang.tingkat bawah.samudra teres.saya teringin untuk berdua.bertiga mungkin.berempat.bersepuluh?hahahahaha.banyak sangat pulak.saya teringin.teringin nak punya teman.teman untuk cerit
a yang saya sakit perut olok-olok sebab nak perhatian.teman untuk masak saya makanan walau saya sudah makan.teman untuk saya bergila bersama dengan sahnya.ya.saya nak kahwin.tapi saya nak yang macam ustaz don.eh tak.yang memang ustaz.yang akan suruh saya pakai elok-elok.buat elok-elok.mengaji elok-elok.yang akan bentuk saya jadi macam kak chik.jadi macam calon ustazah pilihan.finalis solehah.yang akan bimbing saya berubah 360 darjah ke landasan kebenaran.yang akan kuat tengok syaitan dan boleh gelak sambil bentang sejadah dan gelakkan syaitan sebab kalah dalam menghasut.sekarang
ini syaitan masih lagi pemenang.saya nak yang itu.saya nak jadi yang itu.saya nak jadi wanita yang dicemburui bidadari di syurga.saya nak kahwin dan lengkapkan syariat jadi muslimah pilihan Allah yang harap akan berada di salah satu syurga Allah.mudah-mudahan dengan janji Allah :)




kepada sesiapa yang rasa bisa memenuhi tuntutan hati saya,jumpa keluarga saya dan kahwin.saya tak perlukan cinta sebelum kahwin kerana cinta selepas kahwin lebih manis.kalahkan madu.


**this is how the lonely pathetic girl talking.ohh yeah :)

ikatan

1

Posted by . | Posted in

the most valuable word that i have.ikatan.payah nak putus.payah nak buang ke dalam api.payah nak mengaku yang ikatan ini akan hilang satu hari nanti.blood bonding.brother -sister bonding.friendship bonding.the one yang aku rindu masa zaman kolej.the one yang aku rindu masa zaman sekolah.the one yang bonding kita memang takkan lemah hanya dengan rotan cikgu disiplin,hanya dengan ugutan nak buang kolej atau hanya dengan makian cacian.bonding itu kuat.kami kuat dengan bonding itu.rasanya sebab bonding ini juga aku masih akan bukak facebook,blog tengok kamu.tengok apa cerita hidup kamu.sukar sebenarnya nak jadi stalker dan dalam masa sama pura-pura tak kisah dengan hidup sekarang.kisah okay.aku seorang manusia yang suka hidup dengan kenangan,cinta dan kasih sayang orang sekeliling.payah nak mengaku yang walaupun aku tak 24 jam mesej call upload gambar post comment or anything,aku percaya bonding yang kita buat itu masih mampu untuk kekalkan rasa kita semua.bonding itu bukan macam ros atau mawar yang akan layu selepas 5 hari.bonding juga bukan macam snek keju yang akan habis dan perut akan kenyang.bonding juga pasti bukan macam burger yang sedap tapi akan basi.bonding itu mengekalkan sesuatu tanpa perlu menambah.macam udara.macam laut.macam matahari.macam kita.hidup dengan perasaan percaya bahawa bonding itu masih ada dan akan sentiasa ada memang memberi bahagia.walaupun sedikit :)



justeru pada sesiapa yang sentiasa punya hak untuk ber 'bonding' dengan saya, saya sentiasa sayang kamu semua.walaupun bentuk badan saya bukan lagi jenis model :(

pukul 3 pagi

1

Posted by . | Posted in

lama tak update.memang.hahahaha.sibuk baru nak bertatih dalam hidup.umur sudah 22 tahun.makin sopan makin besar.memang makin besar.tengah kerja.baru belajar hargai duit yang diperolah penat lelah sendiri.blood sweat tear la kata orang.rindu kawan-kawan.rindu family.i have my family.thanks to abang because the promise that i made to him make me have family right now.now abang busy dengan monyet2 dekat tronoh.kirim salam anak duta 2 ye?rindu abang saya :(.jadi besar sebenarnya tak best.sebab banyak tanggungjawab nak kena fikir.mana nak belanja adik,belanja kakak belanja jiran lagi.haihh.jadi besar buatkan saya hilang nafsu nak berseronok.tak boleh jadi kanak2 lagi sebab sudah besar.tak boleh makan tepi jalan sambil duk bersila pakai baju kurung.terhad dan merimaskan bila jadi besar ini.dan the worst part is,semua tanya bila nak kahwin,eh masa umur aku 17 tahun dulu masa tengah hot gila bagai tak nak tanya pulak bila nak kahwin.kalau tak time 2,kecik tapak tangan taman samudera teres aku tadahkan.anak dah berderet kot sekarang ini.tapi tanya masa sekarang yang tengah single available very much ni memang tak dapat lah.but,when u are grown up u'll realize how the life is.dan tetiba akan rasa rugi masa tadika dulu tak belajar sungguh2.how i wish can turn back the time.the time when i was wrong.the time when i rebel.the time when i was a bitch.kalau tak sekarang mesti sudah jadi doktor.paling tidak pemegang ijazah sains biologi marin atau ijazah sarjana muda pengajian psikologi.mummy cakap the "kalau " words tu perkataan syaitan :)

mengalah.

2

Posted by . | Posted in

okay.i'm give up.for a big initial g.i'm a fighter but when it come to this stage,i know that i need to pull out my mask and show my true colour.the sadness and loneliness that always lock me up in myself.i'm not a sorrow-black-emo girl.i try to fill up my life with colours,rainbow, laughter,love,smile.i do fill it up but with my mask on.hypocrite.yeah sure.but i'm prefer pretending.i'm pretend so that nobody will fell sorry for me.a lousy girl.loser.pathetic.but now,please?.please someone realise that i was not me.i was pretend that i'm okay.but i'm not.really.i'm not okay.i was hope someone will see me like this and ask " are u okay ?" then i'll spill it out.no matter who is the person,when or where.i will spill.becoz i'm tired enough to live in my bubble,seeing the outside world and pretend that i'm happy here.guys,i'm building up my bubble is to protect myself from the sadness but eventually it protect me from being happy.stupid huh?i'm tired.please.look at me.stay with me.i'm not that strong enough.i'm a weak person with a fragile heart and with a wavelike emotion.i'm always pretend to be a strong becoz i dont want your sympathy.but now.i really need that sympathy.at least i know that i still have you.please.turn around.look at me.i'm not okay.

melarikan diri

4

Posted by . | Posted in

masih bernafas.aku sekarang berada di kampung.ah.aku sudah berjaya menulis permulaan ayat untuk entry.alhamdullillah.aku masih tak lupa menulis.terlampau banyak benda yang berlaku tapi aku memilih untuk rahsiakan sahaja.sebab sekarang aku didalam mode melarikan diri.bukan dari peminat tapi dari diri sendiri.aku keringkan hati supaya jadi macam sotong kering,tak adalah menangis macam span basah saja.aku lari dari kerja.lari dari rumah sana.lari dari sahabat baik.lari dari kehidupan bebas aku dan aku memilih untuk duduk di sini.tanah tumpah darah.memilih untuk mencuba frasa aman dan damai di kampung.biarlah aku tidak moden,biarlah aku tidak canggih,asalkan pahala aku bertambah-tambah kelak.aku lari tanpa memberi penjelasan.kawan,kamu tahu kan kawan kamu ini sangat rapuh hati dengan yang tersayang.aku takut aku cuma sempat bercakap dua patah dan aku terus menangis.biarlah aku dituduh lupa kawan lupa diri lupa segalanya asalkan aku tak perlu menatap mata kamu.kalau tak aku akan sedih sesedihnya.aku bukan macam dulu lagi.gelak ketawa dan dalam hati menangis.aku sekarang gelak ketawa dan dalam hati bagai dilapah disalai masak lemak.lumat.tiada rasa lagi.hati yang tidak enak.bukan salah kamu.bukan salah dunia.salah aku sendiri.dan tak guna terus berpaling pada belakang dan mengharap masa berhenti supaya waktu dapat diundur.najihah sedang menjadi pengecut.bahasa yang elok adalah najihah sedang bersabar.aku tak tahu apa lagi yang hendak ditulis.rasanya banyak namun entahlah.kata datuk siti,biarlah rahsia.dan aku setuju.terima kasih untuk tajuk lagu itu ya.sekurangnya aku ada orang untuk dipersalahkan.biarlah rahsia asalkan tiada yang sakit hati.sakit jiwa cedera badan.maafkan aku atas apa yang berlaku.melarikan diri adalah sifat pengecut namun aku tiada upaya.satu hari nanti kamu akan mengerti dan memaafkan.aku tahu kamu akan sentiasa memaafkan kerana kamu yang terbaik.selepas ini negara mana pula yang sesuai sebagai tempat persembunyian?mungkin menarikan tarian orang maori atau menikmati musim bunga di ladang yang luas.Tuhan.permudahkan jalan hidupku.

mata aku sembap bengkak

0

Posted by . | Posted in

*kau memang lelaki baik pernah aku jumpa.sentiasa jadi macam itu okay?
*Tuhan,tolonglah dia harungi jalan hidup penuh onak duri.sayang dia okay?
*aku takkan tinggalkan kau.sentiasa dengan kau okay?
*janji pada aku,walau apa jua keadaan berlaku selepas ini,kau akan kuat dan sentiasa kuat.okay?
*kau tahu siapa kau dan jadi diri kau okay?
*aku harap apa yang kau buat buat kau gembira.okay?
*dengan siapa pun kau,asal kau senyum gembira,aku okay.

"aku sayang kau.semua sayang kau.sayang kami balik okay"






**okay adalah perkataan yang selalu aku cakap kat dia.
aku harap sangat dia sentiasa okay.
kalau bukan sekarang,satu hari nanti.

tabah wahai sekeping hati

1

Posted by . | Posted in

buat kawanku yang jauh di utara sana,
tabahkan hati kamu.gagahkan jiwa kamu.kukuhkan pegangan kamu.sepertimana yang kamu minta aku tolong kamu,aku sentiasa menolong kamu dan menyokong kamu.sentiasa berada di sisi kamu dengan janji yang kamu akan tolong diri kamu sendiri okay?janji kamu akan aku pegang.sentiasa kuat lawan sakit itu.sentiasa cuba untuk fikir positif.sakit itu adalah ujian.sakit itu menguji semangat ketabahan kamu.kalaulah aku tahu di mana kamu berada sekarang,sumpah aku mahu ke sana dan berada di sana.sekurang-kurangnya dengan lawak bodoh aku dan kamu panggil aku bodoh berupaya hilangkan sedikit sakit kamu.aku tak kisah.untuk kamu teman.sentiasa sayang diri kamu seadanya kerana jangan fikir kami tak sayang kamu.kami sayang kamu.tolong hidup kuat untuk ibu.tolong hidup kuat untuk darwisy.tolong hidup kuat untuk kakak dan adik.tolong hidup kuat untuk kawan-kawan.aku tahu kamu pelajar pintar.jangan jadikan alasan sakit untuk kamu berhenti.kamu lebih kuat dari apa yang aku tahu.tolong aku untuk aku tolong kamu.tolong aku dengan cuba untuk kuat dan tabah dan aku akan tolong kamu untuk tengok matahari esok pagi okay?janji dengan aku jangan menangis sebab sakit.Tuhan takkan tolong kamu kalau kamu tak nak jaga diri sendiri.janji dengan aku, kamu akan kuat,makan ubat.makan nasi.makan banyak.bagi cepat sihat.bagi cepat jumpa aku.jumpa ibu.jumpa darwisy.jumpa orang lain.orang lain yang masih sayang kamu okay?jaga diri ya.cepat sembuh,sentiasa kuat.aku sentiasa dengan kamu okay.menangis pada aku dan merintih pada Tuhan ya?jaga diri.aku sayang kamu.kami semua sayang kamu.

membuka pintu

1

Posted by . | Posted in

setelah hampir 4 bulan aku tidak menulis,hari ini aku kembali melanggar janji bodoh pada diri sendiri untuk menulis dan menulis tentang isi hati.tentang diari setiap hari.persetankan pada komen.persetan pada rasa.kalaulah semudah itu.berjuta perkara terjadi merenggut rasa untuk menulis kerana aku tahu menulis pun tak mampu untuk mencatumkan balik ikatan keluarga yang terlerai,tak berupaya untuk menyimen hati aku yang pecah seribu agar kembali keras seperti dahulu.sesudah meninggalkan tempat praktikal,rindu datang menyerbu segenap arah,sungguh rindu pada keluarga yang satu itu.nantilah.ada masa ke sana.sudah selesai juga tempoh belajar di ipoh.sudah selesai.semacam tidak percaya semalam baru aku berkenalan dengan naz dalam lab.rasa macam tadi baru tidur sekatil dengan fiza.rasa macam 2 minit lepas lap air mata duka sepanjang di ipoh.macam tadi tengah gelak ketawa dengan kawan sambil merenung langit malam dan bicara tentang masa depan.bicara tentang hidup dengan khai di penthouse.bicara tentang faz cinta fiza di stesen minyak ketika hujan lebat.bicara tentang siapa2 sahaja.sekejap saja masa berlalu.masing2 mengorak hala depan hala tuju masa depan.cuma 1 pinta aku,jangan pernah buang kenangan dan rasa kerana hanya itu seorang manusia punya.to live hell or to live well,we choose.aku makin selesa macam ini.menolak dan terus menolak tubuh mengikut arus hidup.kerjalah kalau aku punya rezeki.ke uk lah kalau aku punya kekuatan lebih.ke universiti lah jika aku masih belum muak.ke lautlah jika kebebasan diberi.ke dada Allah lah jika itu takdirnya.aku berjalan dan berjalan.makan sampai gemuk.tidur sampai pengsan.Ya Allah, pintaku padamu bagi aku sedikit masa untuk rasa bahagia sebelum aku bergerak mencari redha-Mu.teringat kata-kata paan anak datuk pengarah, jangan kejar syurga sahaja.kejar juga redha Allah.aku jauh dari keduanya itu.aku sedang mencuba setiap saat.dan sekarang,aku rasa lebih kuat untuk bagi semangat untuk kawan2 aku yang perlukan cinta sayang aku selepas minum jus anggur putih ini,idamkan lebih segar,kupaslah sendiri.


iklan tanpa permit

3

Posted by . | Posted in

ini adalah pesanan dari penaja.

"nah abg.ini apa yang adik janjikan.bising lah abg nak suruh adik famouskan abg.bukan adik xnak tapi bila ingatkan abg,hati rasa bengkak tahu?rasa macam nak sekeh2 kepala abg dan tutup mulut abg supaya berhenti ketawa.lepas ini kalau abg baca blog adik dan nak perli kutuk adik lagi tentang gaya penulisan adik yg tak macam ahadiat akashah ni,siap arr abg.adik suruh mama cilikan mulut abg ouh.juga kalau lepas ini tiada orang nak kawan dengan abg,jgn salahkan adik dan jgn datang menangis dekat adik.adik bagi side kick nanti.huh.adik cakap betul ni.betul ni.dah la.jgn gelakkan adik lagi."


nama : asnawi bin anuar.(pangkat abah dirahsiakan demi kerukunan rumah tangga)

umur : 22 tahun pada 28 september 2010 (kau tua lah abg)

alamat : merata-merata di area rawang,klang,selangor,kuala lumpur,new zealand,australia. (nomad)

pendidikan : diploma multimedia kptm IPOH(capital letter for Ipoh.tak kenal jalan konon)

kegemaran : bergelak ketawa bersama keluarga ( family man)

kegemaran tak berapa digemari adik : perli,kutuk dan ketawakan adik ( sangat menyakitkan ati)

kelebihan : gemuk,berisi,gelap,tak kacak,suka buli orang,suka tolong orang,suka bebel,suka main badminton,suka bertanggungjawab,suka menang,suka berfikir panjang,suka senyum dan gelak,suka berserderhana,suka bising,suka memendam rasa,kurang yakin,positif.

kekurangan : dia tiada kekurangan yang nyata

sifat : penyayang,setia,hormatkan org,melindungi,menjaga,utamakan keluarga,ikhlas,jujur,kelakar,merendah diri,pendengar yang baik,tidak suka bercerita,seorang yang berprinsip,suka mencari pengalaman hidup

berat : 58 kg( kan?)

tinggi : takdelah tinggi sangat.nice for a man.

kenderaan yang dibawa : satria neo,lori,kereta kebal dan jet (abah mintak balik jet abah)

makanan kegemaran : masakan mama,masakan abah,masakan adik tak tahu abg suka apa

minuman kegemaran : milo bibik buat

sukan kegemaran : badminton ( juara negeri selangor)

ayat kegemaran : "aku tampar kang dik".(tapi tak tampar jugak)

bakal isteri : wanita yang boleh buatkan hatinya berkata ya ataupun mulutnya berkata ya pada wanita pilihan mama

bakal anak : kena kahwin dulu

binatang peliharaan : tiada masa untuk menjaganya

binatang peliharaan : panda (perut macam abg kan?)

soalan lain : sila tinggalkan di ruangan komen.


ulasan penaja : asnawi anuar yang dikenali merupakan lelaki yang cukup baik.namun sifat baiknya itu tenggelam dek perangai nakal beliau.namun penyayangnya terserlah pada tutur kata dan budi bicaranya.asnawi merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam merencana hidupnya sendiri.dan hidup orang lain juga.dia merupakan seorang lelaki yang pentingkan keluarga.sangat manja dengan abah dan mama.setia adalah bonus untuk sesiapa yang dapat memiliki dia.baginya ketawa itu pelindung terbaik kesedihan.dan dia akan ketawa dan ketawa.cukup sekali saya katakan,siapa yang dapat memiliki dia,dia adalah wanita bertuah.ini janji saya.

saya makin kritikal

5

Posted by . | Posted in

saya baru selesai menutup lampu ruang tamu rumah.masuk bilik dan hidupkan semula laptop saya ini kerana saya perlu tulis ini.ini serius.selepas saya tutup laptop ini tadi,saya keluar dari bilik menuju ke dapur,saya lapar.tapi saya cuma mahu minum air kerana pakar diet saya cakap minum air kosong boleh lupakan rasa lapar.ceh.tipu saya.kerana saya pergi dapur dan makan ayam goreng.bawak depan tv.buka tv dan makan.saya pura-pura tak nampak jarum jam masa itu.abg saya datang dan duduk sambil makan ayam goreng juga.ya.ada teman dalam usaha tak sedar diri akan gemuk.dia selesai dulu dan masuk bilik tutup lampu.saya selesai makan pergi cuci tangan dan minum air.hajat saya nak ke bilik air dan tiba-tiba saya melintasi rak pinggan dan saya mengambil pinggan lalu tanpa segan silu dan kesedaran sivik,saya cedok nasi ke pinggan.ambik kau.nasi.dan seketul ayam masak merah.dibawa ke depan tv dan makan.selesai ke dapur semula dan ternampak nugget dalam peti ais.cepat-cepat saya tutup peti ais bila saya pegang perut saya dan rasa macam sudah tak slim leper macam dulu.saya rasa macam nak nangis bila sambil taip entri ini sambil saya makan keropok.sudah jam 3:23.saya tak tahu berapa banyak kalori saya ambil dan berapa pula sempat dibakar.serius.saya makin kritikal.


*saya rasa ini kurus sedikit.

tiada kek untuk kamu

1

Posted by . | Posted in

kehadapan sahabatku yang dikasihi,

tujuan aku menulis surat dalam entry ini adalah untuk megucapkan selamat hari jadi yang ke 20.kau sudah tua.sayang.stok tepung dan telur telah ku beli tapi kau tiada disini.

"babe,kau sudah 20.dah besar dah.sudah layak buat apa jua keputusan.sorry.aku jauh.nanti kita kumpul balik,kita ganti balik harijadi yg terlepas ini ya?juga aku nak mintak maaf dekat kau.bila kau tanya dulu,aku marah ke tak,aku cakap tak,tapi kau tahu aku marah kan?aku marah bukan sebab apa.aku tak nak kau nangis lagi.kau tahu kan betapa aku tak tahan tengok kau nangis.tapi sekarang aku sudah okay.aku sudah boleh terima semua itu dan aku sokong kau dengan dia tapi aku still lindungi kau.bila-bila saja dia buat kau,beritahu aku okay?dan aku masih ada untuk kau kongsi rasa.macam dulu-dulu.i do miss the old days.aku tak buang kawan.apatah lagi kau.kau cinta hati aku.tak mungkin aku nak lupa kau.dulu aku pura-pura merajuk.hahahaha.sudah tade kawan nak join kelab single aku lagi.but for God sake,i do happy when u happy.i do smile when u smile and when u cry dear,i hurt much more.aku rindu kau sungguh-sungguh.gila rindu masa pergi sekolah dengan kau.lepak rumah kau.menangis dengan kau.balik kampung kau.lepak dengan sepupu kau.sentiasa orang cakap,benda-benda ini kita semua akan kenang balik.i do.dan setiap kali aku ingat,i do cry.hahahaha.sebab aku tahu,saat macam dulu tak akan datang balik kan?okay.kau jangan sedih-sedih lagi.aku ada.sentiasa tulis surat untuk aku okay?aku rindu nak baca.sejauh mana kau pergi.selama mana kau menyepi.seteruk mana kau marah.sedikit mana kasih sayang kau.aku tak akan ubah nama kau dalam hidup aku.kau istimewa dan sebahagian hidup aku.mana mungkin kita berpisah kecuali ajal.aku sayang kamu.selamat menempuh alam 20.moga bahagia milik kamu sentiasa."


yang selalu rindu kamu,
jiha

terpendam

0

Posted by . | Posted in ,

saya punya sedikit waktu pagi ini untuk menulis kerana anak kesayangan saya sedang lena diulit mimpi dengan ultraman.sudah terlalu lama saya tidak menulis.bahasa sudah tunggang langgang tiada arah.sama macam hati yang serabut.terlalu banyak benda tak selesai dari dulu lagi.dari 3 tahun lepas.dari zaman sekolah.dari zaman tadika.dari zaman kanak-kanak.semua kerana sifat pendam ini. saya tak tahu macam mana mahu luahkan tanpa memendam.kalaulah saya cuma tahu bercakap tanpa memikirkan akibat,sudah tentu saya lain sekarang ini.sudah tentu.tapi halangan pendam itu ada.saya cukup menjaga hubungan ini.sebab saya hargai apa yang berlaku.sampai bila saya akan berani untuk berterus terang kerana penyakit pendam ini sudah jadi kanser pendam.tapi tak sehebat gunung berapi.kerana saya tak nak menyakiti sesiapa pun.sikit pun tak nak.saya ada hati yang sangat rapuh biarpun saya sentiasa membina tembok di hadapan saya.untuk melindungi hati tentunya.tadi saya berbicara secara maya dengan salsabella.anak saudara saya.dia bagi saya pandangan yg sangat luas tentang makna bercinta itu.saya setuju dengan dia.katanya tak nak bercinta dan terus kahwin sahaja.bercinta itu berdosa baginya.dia sedang memperbaiki diri ke arah positif.saya sentiasakan doakan dia adalah insan-insan terpilih.dia sudah mendapat hidayah Allah.hati saya tiba-tiba terdetik.kenapa saya tidak jadi insan terpilih itu?saya tidak bertuahkah?sekali lagi jawapan saya adalah aturan Tuhan.saya akur tentang itu.dan tadi saya juga berbicara dengan abg secara matang.tanya dia soalan terpendam saya itu.dan nyata jawapan dia seperti jawapan insan-insan lain.sungguh perit untuk menerima itu tapi dia nyatakan yang dia sentiasa ada untuk saya walau apa pun jadi.saya tahu itu dan saya tak akan takut untuk buat keputusan.kerana saya tahu itu apa yang saya nak.macam abg cakap,kena berani.dan saya berani untuk tengok matahari esok walau apa keadaannya.doakan saya supaya berani pergi ke awan selepas ini.






*saya sedang menanggung rindu.sungguh saya benci perpisahan.ianya menarik seluruh jiwa raga saya.boleh tak bagi saya jam masa?saya mahu putar masa kebelakang.kalau boleh saya nak rakam setiap gelak ketawa kamu semua supaya saya akan dapat tengok lagi.tidaklah saya menangis begini.kamu semua yang berperasaan seperti saya juga,saya sangat rindukan kamu semua.jangan menangis selalu.kamu sentiasa di hati saya.

cerita semalam dan semalam.

0

Posted by . | Posted in ,

semalam dan semalam lagi adalah hari sebelum saya menduduki kertas peperiksaan akhir dan juga kertas terakhir untuk saya dalam tempoh 3 tahun saya disini.saya tak tahu kenapa semalam dan semalam itu saya tiada hati mahu belajar.hati saya terbang tanpa arah dan tanpa henti kerana di udara tiada lampu isyarat.maka hati saya terbang semahunya.saya hilang dan hilang dengan buku yang terbuka di depan.selepas itu telefon saya berbunyi menandakan ada mesej.mesej dari abg nawi.dan ini sungguh pelik kerana dia jarang menghantar mesej di siang hari untuk bertanya saya dimana kerana saya tahu dia amat sibuk.selepas menjawab mesej itu dengan mengatakan saya di rumah,dia memberitahu dia akan datang ke rumah saya sekejap lagi.saya terkejut kerana dia tiada jet untuk datang dengan sekelip mata.anggapan saya dia bergurau di siang hari.saya pun meneruskan membaca buku yang saya tak tahu apa saya baca.hati tak tenang.dan saya pula mendapat panggilan telefon dari abg.dia cakap dia kat luar.saya terus keluar dan air mata saya hampir luruh.dia abg.saya adik.betapa saya rindu dia dan dia depan mata.dia semakin gemuk dan kacak.katanya pakai bedak sejuk.abg masih seperti hari pertama adik kenal.senyum dan gelak.dia baru sampai ipoh dan datang untuk jenguk saya,tanya khabar saya dan bagi saya tiket wayang percuma dan juga mahu mengambil transkrip diploma.dia benar2 abg tak sedarah yang baik.Tuhan tolong saya.berilah dia insan sempurna.selepas dia pulang saya gembira.terdetik di hati saya,perasaan yang tidak enak itu adakah perasaan rindu pada seseorang?malam merangkak tiba.pagi hampir menjelma.saya masih begitu.rungsing dan rungsing.saya rindukan kenangan dulu.sangat2 dan saya tahu saya tak boleh putar itu semua.saya pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada.saya tabah dan teruskan hidup ini.macam yang semua orang nak.nak saya sentiasa kuat.tapi anda semua,boleh tak kalau saya menangis sekali sekala?kertas iid saya jawab dengan hati sedikit tenang.kertas terakhir untuk saya.tak terlambat untuk saya ucapkan selamat menghadapi minggu peperiksaan.saya keluar dewan dan ingatan masa lampau terbayang kembali.sesungguhnya rindu dan penantian itu sakit.saya pulang ke rumah dan tidur.bangun tidur,along dan fiza berbicara tentang cantik.saya cakapkan pada mereka,cantik itu subjektif.beauty lies in the eyes of beholder.dan mereka mahu potong rambut saya.saya relakan sahaja kerana saya tahu rambut ini kenangan dia.dan saya terlupa nak tanya abg.masih hadirkah lagi arwah kakak dalam hidup dia sebagaimana arwah dia dalam hidup saya?sungguh Tuhan benar2 uji saya dengan hidup ini.dan kemudian saya tidur dan tidur.sekian cerita semalam dan semalam.


ini gambar beberapa tahun lepas.dia masih kacak.dia masih abg saya.

ps: sekarang saya mahu ajak siapa untuk menonton wayang bersama?

hujan dan perpisahan

3

Posted by . | Posted in

hujan di ipoh.seperti hujan di hati saya.seperti hujan mukus-mukus di hidung saya.seperti hujan di hati mereka.seperti mereka dan saya yang menangis dalam hujan supaya tiada yang tahu.eh.merepek apa ini.stop it najihah.pagi khamis.hujan.sejuk.saya masih demam.batuk.selesema.Tuhan memang sayang saya.naz di klang.pulang kerana satu berita kematian.takziah.saya rindu dia tidur sebelah saya.
saya rindu.sila pulang cepat ya?esok saya punya 1 temuduga untuk praktikal.gila.saya sangat gementar.tapi saya akan cuba yakin.kebelakangan ini perasaan itu mula surut diganti dengan perasaan rindu.saya akan rindu semua ini.rindu kawan-kawan.rindu kolej.rindu segalanya.rindu tak terucap dengan kata.saya masih bayangkan hari pertama saya sampai di ipoh dan saya menangis pada malam itu.menangis kerana saya tidak mahu disini.menangis kerana saya rasa saya patut berada di hostel di ums untuk pengajian marin biologi.sedih kerana saya menjaga hati.dan kini selepas hampir 3 tahun,saya sedar saya akan tinggalkan sini dengan perasaan rindu yang teramat.janji yang tak tertunai.gelak ketawa yang siang malam kedengaran.perasaan mempunyai dan dipunyai satu kelompok manusia.dan bila saya pulang,itu semua akan hilang.saya tak boleh minta pada Tuhan supaya tiada perpisahan kerana itu hakikat hidup.perpisahan memang saya tak mampu halang.sungguh.saya tak mampu.cuma saya relakan sahaja dalam tangisan.saya benci pada pertemuan kerana saya takut pada perpisahan tapi sejauh mana saya mahu lari ianya adalah hakikat hidup dan saya akuinya.sangat pedih perpisahan itu.abadi atau sementara."bebe,kalau kau baca ini,ingat semua pesan aku.ingat semua yang aku cakapkan.be good.jangan besar cepat sangat.always be my boy.my boboy.my bebe.bebe jaga diri.jaga papa.jaga semua.jangan gatal dengan gadis jepun.aku mahu isteri bebe orang melayu.balik sini semula nanti.cari aku dekat rumah lama di kampung.kirim hadiah setiap kali hari jadi aku.bebe tolong jadi kuat di sana ya?malaysia-jepun bukan macam terengganu-kuala lumpur.bebe jangan buat hal.susah aku nak tolong.bebe jangan nangis selalu.nanti aku pun akan nangis.aku tiada tuala nak antar ke sana.bebe jangan susah hati.semua disini doakan bebe.bebe jangan risau okay?aku akan jaga semua benda di malaysia.bebe jangan main salji banyak sangat.bebe kan tak tahan sejuk.bebe jangan lupa aku tau.aku pegang janji bebe.janji aku dengan bebe.janji kita.jadi seseorang bila tiba masanya.bebe jangan buat rambut pelangi.cukup lah 1 warna saja.bebe,aku tunggu bebe balik sebelum aku kahwin.aku nak bebe sponsor wedding aku.bebe duduk sana baik baik tau.nanti aku ke sana cari bebe.kita raya sama-sama okay?bebe jangan sedih-sedih.bebe jangan nangis-nangis rindu.bebe sentiasa jadi guardian angel aku.aku sentiasa jadi wonderwall kau.sila tahan rindu itu.aku tahu rindu itu sakit.tapi ini yang buatkan kita tabah hadapi hidup.be strong bebe.always smile.dont cry."
tuntutan hati walau tak mahu berpisah tapi ini kitaran hidup.bertemu.berpisah.berpisah.bertemu.kerana ini mengajar kita menghargai sesuatu.sila tabah dengan perpisahan ini.hujan masih lagi jatuh di luar tingkap.aku masih disini.masih menangisi perpisahan.sukar.tapi aku cuba.






naz: relakan perpisahan yang abadi ini.tabah.itu hak Nya.

bebe: terima perpisahan ini dengan redha.sentiasa ingat pada janji.jangan nangis selalu.

keliru.

6

Posted by . | Posted in , ,

saya akan menulis dengan sangat panjang.sila bersabar untuk membaca.sebelum itu,al fatihah buat keluarga tuan khairil azreen dan apit,kerana pemergian ayah tersayang pada pagi semalam.moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah.amin.buat khai,tolong saya dan kawan kawan saya.tolong kami dengan menjadi kuat.macam yang saya cakap kan,saya mahu jumpa dan bagi seluruh semangat dan kekuatan yang saya ada untuk kamu,harungi semua ini.please stay stronger.for your mom,siblings,friends and for your life.do us this favour.semalam saya masuk hospital lagi.again.lagi.kerana sebab yang sama.gastrik dan degil serta mahu meyusahkan orang serta sebab tak munasabah iaitu mahu bermanja.saya sayang kalian okay.doktor menyatakan kondisi saya adalah stabil.cuma gastrik biasa dan stress.lega sebab tiada sakit lain.cuma sampai sekarang saya masih lagi keliru sedikit.soalnya dengan soalan jururawat semalam iaitu kenapa kamu pengsan tak sedar-sedar?jangan gelak dulu.ianya benar kerana mata sahaja yang terbuka tapi tak sedar.kasih buat kawan yang tolong lapkan air mata.kasih buat kawan yang sentiasa risaukan saya.kasih buat kawan yang tolong bagi nafas mulut ke mulut.sudah tak begitu suci saya.kasih buat kawan yang sanggup buat apa sahaja untuk saya.kasih untuk segalanya dan saya terharu kerana saya sayang kalian semua.saya belum mahu mati lagi untuk menikmati kasih anda semua.there is time when strangers become family and family become strangers.saya hargai ini.
saya masih ingin menulis.sebab sudah lama saya tak menulis.maka saya mahu luahkan perasaan saya disini.pathetic ya.saya tiada soulmate untuk berkongsi rasa.hanya pada buku ini saya meluah rasa.jelik dan benci membaca tulisan saya.sila tinggalkan laman ini sekarang.saya tak pernah bayar anda untuk membaca.juga tiada memaksa anda bukan.sudah.merepek apa ini.maaf.saya keliru.perasaan yang saya alami sekarang selain sakit gastrik serta keliru melampau,banyak lagi perasaan lain.sedih.kecewa.rindu.marah.geram.ini semua boleh buatkan saya stress lagi.persoalan demi persoalan saya mahu tanyakan pada mereka-mereka yang hadir dalam bayang mimpi malam saya namun tak terluah kerana saya belum punya kesempatan pada realitinya untuk berjumpa mereka.

1."kenapa perlu ada dusta jika benar sayang?"
2."kenapa perlu ada pembohongan dalam perhubungan?"
3."kenapa perlu pura pura ikhlas?"
4."kenapa perlu tipu jika mahu menyayangi?"
5."kenapa erti jujur langsung tiada makna?"
6."kenapa perlu jadi orang lain?"
7."kenapa tak ikhlas dengan saya?"
8."kenapa nak lukakan saya?"
9."kenapa tak mahu faham yang saya sentiasa mahu ikhlas?"
10."kenapa mesti ini yang berlaku terhadap saya?"

ini sepuluh soalan.yang mungkin buatkan saya stress.saya tak tahu bila semua soalan ini akan ada jawapannya.mungkin juga tiada jawapannya kerana lumrah manusia bukankah begitu?saya tidak akan mengalah untuk tunggu jawapan ini.saya tahu dan sedar setiap apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.saya tuggu untuk itu.saya tunggu.dan buat kawan-kawan saya yang membantu saya bernafas sehingga ke saat ini,saya terima kasih sangat sangat untuk anda semua.anda semua pemangkin jiwa raga saya,anda semua kehidupan saya.tiada kata mampu gambarkan yang betapa saya sangat sayangkan anda semua.jadi tolong jangan tanya saya samada saya sayangkan anda atau tak kerana sehingga ke saat ini saya masih fikirkan apakah jumlah kuantiti yang sesuai untuk gambarkan sayang saya.terima kasih anda semua kerana ikhlas sayang saya dan saya sayang anda semua.untuk ikhlas anda semua,saya minta Allah yang bagi ganjaran.untuk abang im,maaf bro.bukan sengaja mahu terlantar di hospital saat kau di gunung santubong dan kau tak mampu turun gunung dengan cepat serta berkejar ke ipoh,aku sudah terlalu pasrah dengan sakit itu.jangan risau.aku tak beritahu mummy.like she care if she know ha?kau saja yang tahu.dan saya rasa sangat bahagia sekarang kerana semua orang mahu belanja saya makan.kan?saya cinta anda semua sepenuh jiwa raga saya dengan ikhlas.

perasaan yang ganjl

5

Posted by . | Posted in , ,

sudah lama tidak update.bukan kerana tiada apa mahu diluahkan tetapi kerana tidak cukup masa.Tuhan sudah bagi saya masa 24 jam sehari tapi masih tidak cukup.sungguh hina saya kerana habiskan masa yang Tuhan bagi tanpa apa-apa manfaat tapi masih merungut tidak cukup.sila tembak najihah sekarang.banyak benda yang berlaku sepanjang saya tidak update ini.akan saya ceritakan di lain hari.kenapa guna ganti nama saya.sungguh sopan.



aku gagahkan diri untuk menulis pagi ini walau kelas sebentar lagi jam 11.30 dan aku masih belum gosok baju dan kemas beg.terasa mahu ke sekolah pula.bangun subuh tadi dengan baju kurung di badan.owh.tido dengan baju kurung.sebab kepala terlampau pening.kesan presentation ecs petang itu.masih lagi bukan calon idaman menantu mak anda.terasa aku terjaga dan rasa arwah di samping ku.ahh.pergi kau kenangan.aku bangun.mandi.dan lihat folder gambar di laptop yang terbuka dari semalam.ternampak wajah-wajah kesayangan.apa yang aku ada dulu,sudah hilang.makin jauh.makin tak nampak.apa yang aku sayang,makin pergi.jauh.tinggalkan aku.apa yang aku benci,apa yang aku tak nak,makin menghampiri.dekat.macam nak bersatu.adakah ini karma?adakah ini balasan?adakah ini takdir.aku bingung.dan aku sedang mencari penjelasan logik.jika ini namanya hidup.aku redha.sekalipun aku penat.ini hidup.penat sudah tapi ini nyata.macamana mahu kejutkan aku dari mimpi yang nyata ini?dan tadi aku hampir menghantar mesej "salam.u know sis,suddenly i think i want to be just like u.a lawyer.n u know,it is the fact that i hate most rite now".aku tak tahu kenapa minda aku boleh berfikir sedemikian sedangkan inilah apa yang aku benci selama 20 tahun.i hate being a lawyer.mana pergi cita-cita aku terhadap laut?anak-anak yatim itu?hutan itu?sungguh aku tak mengerti permainan hati.sungguh aku tak faham hati ini biarpun aku pemilik hati ini secara mutlak.



banyak kenangan telah dicipta kebelakangan ini.dan gambar akan diupload kemudian.dan sungguh saya katakan,saya benci amat pada perpisahan kerana banyak kenangan akan menghantui hidup saya menyebabkan saya akan rindu pada masa silam.i hate saying goodbye.



*saya lapar kerana dari semalam lupa makan.saya rindu masakan mak cik saya.saya rindu rumah saya.saya rindu kampung saya.saya rindu pantai saya.saya juga rindu kawan-kawan saya di terengganu.kawan-kawan di ipoh.kawan-kawan di kolej.kawan-kawan di rumah taman mewah.abang saya di sarawak.adik saya johor.adik bongsu yang tengah menduduki peperiksaan pmr.sepupu saya di melaka.abang nawi saya di klang.kawan-kawan saya di kuala lumpur,selangor,perak,kedah,pahang,kelantan,sabah,melaka,brunei.kawan-kawan myspace,facebook,friendster,ym,blogspot.kakak saya di puchong.kawan saya di indonesia.kawan saya di rusia.makcik saya di jerman.sepupu saya di united kingdom.kawan saya yang nak ke jepun.dan juga mereka yang sentiasa di hati ini.mereka tahu siapa mereka.saya rindu sayang anda semua.

aidilfitri kisah duka

4

Posted by . | Posted in

hari ini sangat melampau-lampau panasnya.serius.aku rasa macam nak menangis sebab panas sangat.panas neraka belum lagi.aku sudah tidak sabar mahu pulang ke ipoh.biarlah ipoh bandar mati.biarlah ipoh tiada hidup tapi sekurang-kurangnya ipoh tak pernah buat aku menangis sedih di hari raya sepanjang 20 tahun aku hidup sepertimana terengganu buat aku pada sambutan raya aidilfitri 1430 hijrah.sungguh.tak tipu.sumpah.cakap benar.ini raya paling teruk pernah aku alami.walaupun raya tanpa baju baru serta miskin segala-segalanya,walau raya tanpa ayah yang sihat,perasaan teruk dan sedih ini tak terbanding dengan raya kali ini.dengan rumah yang kacau bilau,ayah masih di situ,airmata sana,airmata sini,jerit pekik,tangisan ibu yang sedih akan anaknya,ahli-ahli keluarga yang menanggung rasa,ianya adalah mimpi ngeri yang sangat ngeri.i still hope this is a nightmare that will be gone when i wake up.but it is a reality.reality that hurt me so much.sejak malam raya lagi adegan perang bermula bila lelaki bergelar suami itu pulang.setelah sekian lama.suami,kenapa kau musnahkan harapan raya kami sekeluarga?isteri,kenapa kau lukakan hati kami sekeluarga?raya pertama seperti hari biasa.tiada adegan mintak maaf.tiada gambar.shit.tiada gambar keluarga.dan aku cemburu sama teman yang punya gambar keluarga.tiada gelak ketawa.penuh dengan tangisan demi tangisan.bilik hujung ada insan menangis.bilik tengah juga.di dapur juga.di ruang tamu juga.di beranda rumah juga.dan aku menangis di dalam hati kerana anak-anak tidak mengerti apa-apa.raya kedua,perempuan jalang itu mengganggu.terjadi lagi perang.ahh.aku sudah tidak betah duduk terengganu.malam itu aku mahu hantar si ibu ke lapangan terbang.biar seorang tiada barulah tidak terjadi perang namun,ada pihak menghalang.jaga hati ibu mertua.dan malam itu lagi sekali drama tak berbayar.aku sudah sembamkan muka ke bantal.dimana mahu aku cari damai?syurga atau neraka?atau tiada di dua-dua tempat itu?raya kedua,semua sunyi sepi.tidak berziarah kemana-mana.semua duduk di rumah yang sudah hilang makna keluarga.kau pandang wajah aku.aku pandang muka kau.tiada perasaan.sangat sedih dan hatiku bagai direnyuk dan digilis lori.ini yang aku dapat bila aku mula menerima keluarga,lebih baik aku jadi yang dulu.yang tiada perasaan tentang keluarga.yang hidup sendirian tanpa keluarga.tapi aku tahu,aku bukan budak lagi.keluarga adalah keluarga walau macamana teruk pun mereka.pedihnya menerima kenyataan tentang keluarga.raya ketiga,raya keempat dan hari ini.masih sama.aku masih belum ke rumah saudara kerana kejutan drama yang bersambung dari malam raya lagi.apa nak buat.sudah takdir.saat ini aku mahu segera ke ipoh.biar disana aku tiada keluarga tapi aku punya kawan-kawan yang sentiasa dengan aku.kawan yang sentiasa gelak dan menangis.dan peluk aku.bagi aku rasa sedikit kasih serta sayang.bukan seperti di sini.aku perlu menangis meraung-meraung baru mereka akan sedar akan aku.tragik bukan?tapi ini yang terjadi.teman-teman,aku rindu kamu.maaf kerana tak menghubungi.aku sibuk membikin drama air mata.sudah habis stok tisu di kedai.selamat hari raya buat kamu dan keluarga.aku sentiasa rindu gelak ketawa kamu.nanti tanyakan kelurga kamu,aku boleh jadi anak angkat keluarga kamu tak?





*bukan niat bercerita aib keluarga,tapi ini saja caranya.aku sendiri,tidak berteman dan hanya ini ruang aku.izinkan aku bercerita dan melepas rasa.kalau tidak,aku akan kalah dalam perjuangan ini.

pulang

2

Posted by . | Posted in

jam 8:50.aku sedang mengemas baju.tadi berbuka sendiri.mi segera dan hot chocolate.hell.tahun ini paling banyak kali berbuka sendiri.sudah lah tahun terakhir.memang takdir aku seorang diri.sangat sedih.chenta-chenta hati aku sudah berada di rumah masing-masing.naz di klang.fiza di taiping.bas aku jam 11 malam.tadi abg din call yang dia pun balik malam ini.nasir sudah di terengganu.apa mimpi mamat itu balik rumah awal sangat.abg im sudah tidak sabar mahu aku pulang.tahukah engkau bahawa aku takut mahu pulang?aku takut mahu menerima kenyataan yang pedih mencarik tangkai hati dan melumpuhkan makna raya bagi satu keluarga?.damn.mummy mengeluarkan amaran tegasnya.everyone must come back to terengganu.yeah mummy.i will.dont u worry.anak seorang ini tak akan derhaka lagi.sudah penat.sudah puas hidup ini diatur.saya mengalah mummy.give back my own life when you ready okay?jadi tak dapat tidak memang aku kena balik.damn.tadi bawu berfikir nak jual balik tiket ini.nak raya di ipoh sahaja.biar seorang mendengar takbir raya disini,asalkan tidak sayu melihat mata-mata yang tak berdosa.najihah,kena jadi dewasa okay?no more childish mindset will you?there is a family at terengganu.there is lot of heart to be taking care of.also your cousin are going to united kingdom,dont you want to say goodbye?eventhough she is not the favourite,jagalah hati kawan-kawan lain.yeah.nak balik la ni.jangan bising-bising boleh?anybody nak temankan aku balik?at least aku ada strangers at home.tadelah rancak sangat perang nanti.anybody?nobody?okay then.buat chenta aku,i already miss u guys.serious rindu.nanti sudah habis belajar macamana agaknya rasa rindu itu?mesti terguling sendiri menganggung rindu dekat korang kan?hell.aku benci perpisahan.okay then.aku mahu sambung kemas.mahu heret hati pulang ke terengganu.mahu tolak badan dan minda ke rumah.terengganu,sambut aku dengan senyuman ya?sebab aku sudah cukup penat menangis disini.







*seorang kawan cakap aku tak reti bersyukur kerana tak mahu pulang ke rumah.ingtkan saya untuk bercerita sama kamu ya?

bergelek sakan

2

Posted by . | Posted in

terima kasih untuk gelak semalam.terima kasih untuk senyuman semalam.terima kasih untuk suara semalam.terima kasih untuk kutukan semalam.terima kasih untuk pujian semalam.terima kasih untuk sebuah persahabatan semalam.terima kasih untuk sebuah kenangan semalam.terima kasih untuk hari semalam.terima kasih untuk segalanya dan untuk semalam.kamu semua yang terhebat.buat semua pelakon drama "sebuah kisah semalam",ini memori terhebat yang kita cipta bersama dan semua yang sentiasa berada di hati ini walau aku sentiasa merasa kamu lari daripada aku,kamu yang terhebat pernah aku ada.






*abg im,kau tunggu ya?aku dah nak balik malam esok.kau sila tunggu aku dan sokong aku untuk drama keluarga raya.dan doaku,kita masih keluarga ya?