saya akan menulis dengan sangat panjang.sila bersabar untuk membaca.sebelum itu,al fatihah buat keluarga tuan khairil azreen dan apit,kerana pemergian ayah tersayang pada pagi semalam.moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah.amin.buat khai,tolong saya dan kawan kawan saya.tolong kami dengan menjadi kuat.macam yang saya cakap kan,saya mahu jumpa dan bagi seluruh semangat dan kekuatan yang saya ada untuk kamu,harungi semua ini.please stay stronger.for your mom,siblings,friends and for your life.do us this favour.semalam saya masuk hospital lagi.again.lagi.kerana sebab yang sama.gastrik dan degil serta mahu meyusahkan orang serta sebab tak munasabah iaitu mahu bermanja.saya sayang kalian okay.doktor menyatakan kondisi saya adalah stabil.cuma gastrik biasa dan stress.lega sebab tiada sakit lain.cuma sampai sekarang saya masih lagi keliru sedikit.soalnya dengan soalan jururawat semalam iaitu kenapa kamu pengsan tak sedar-sedar?jangan gelak dulu.ianya benar kerana mata sahaja yang terbuka tapi tak sedar.kasih buat kawan yang tolong lapkan air mata.kasih buat kawan yang sentiasa risaukan saya.kasih buat kawan yang tolong bagi nafas mulut ke mulut.sudah tak begitu suci saya.kasih buat kawan yang sanggup buat apa sahaja untuk saya.kasih untuk segalanya dan saya terharu kerana saya sayang kalian semua.saya belum mahu mati lagi untuk menikmati kasih anda semua.there is time when strangers become family and family become strangers.saya hargai ini.
saya masih ingin menulis.sebab sudah lama saya tak menulis.maka saya mahu luahkan perasaan saya disini.pathetic ya.saya tiada soulmate untuk berkongsi rasa.hanya pada buku ini saya meluah rasa.jelik dan benci membaca tulisan saya.sila tinggalkan laman ini sekarang.saya tak pernah bayar anda untuk membaca.juga tiada memaksa anda bukan.sudah.merepek apa ini.maaf.saya keliru.perasaan yang saya alami sekarang selain sakit gastrik serta keliru melampau,banyak lagi perasaan lain.sedih.kecewa.rindu.marah.geram.ini semua boleh buatkan saya stress lagi.persoalan demi persoalan saya mahu tanyakan pada mereka-mereka yang hadir dalam bayang mimpi malam saya namun tak terluah kerana saya belum punya kesempatan pada realitinya untuk berjumpa mereka.
1."kenapa perlu ada dusta jika benar sayang?"
2."kenapa perlu ada pembohongan dalam perhubungan?"
3."kenapa perlu pura pura ikhlas?"
4."kenapa perlu tipu jika mahu menyayangi?"
5."kenapa erti jujur langsung tiada makna?"
6."kenapa perlu jadi orang lain?"
7."kenapa tak ikhlas dengan saya?"
8."kenapa nak lukakan saya?"
9."kenapa tak mahu faham yang saya sentiasa mahu ikhlas?"
10."kenapa mesti ini yang berlaku terhadap saya?"
ini sepuluh soalan.yang mungkin buatkan saya stress.saya tak tahu bila semua soalan ini akan ada jawapannya.mungkin juga tiada jawapannya kerana lumrah manusia bukankah begitu?saya tidak akan mengalah untuk tunggu jawapan ini.saya tahu dan sedar setiap apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.saya tuggu untuk itu.saya tunggu.dan buat kawan-kawan saya yang membantu saya bernafas sehingga ke saat ini,saya terima kasih sangat sangat untuk anda semua.anda semua pemangkin jiwa raga saya,anda semua kehidupan saya.tiada kata mampu gambarkan yang betapa saya sangat sayangkan anda semua.jadi tolong jangan tanya saya samada saya sayangkan anda atau tak kerana sehingga ke saat ini saya masih fikirkan apakah jumlah kuantiti yang sesuai untuk gambarkan sayang saya.terima kasih anda semua kerana ikhlas sayang saya dan saya sayang anda semua.untuk ikhlas anda semua,saya minta Allah yang bagi ganjaran.untuk abang im,maaf bro.bukan sengaja mahu terlantar di hospital saat kau di gunung santubong dan kau tak mampu turun gunung dengan cepat serta berkejar ke ipoh,aku sudah terlalu pasrah dengan sakit itu.jangan risau.aku tak beritahu mummy.like she care if she know ha?kau saja yang tahu.dan saya rasa sangat bahagia sekarang kerana semua orang mahu belanja saya makan.kan?saya cinta anda semua sepenuh jiwa raga saya dengan ikhlas.
sudah lama tidak update.bukan kerana tiada apa mahu diluahkan tetapi kerana tidak cukup masa.Tuhan sudah bagi saya masa 24 jam sehari tapi masih tidak cukup.sungguh hina saya kerana habiskan masa yang Tuhan bagi tanpa apa-apa manfaat tapi masih merungut tidak cukup.sila tembak najihah sekarang.banyak benda yang berlaku sepanjang saya tidak update ini.akan saya ceritakan di lain hari.kenapa guna ganti nama saya.sungguh sopan.
aku gagahkan diri untuk menulis pagi ini walau kelas sebentar lagi jam 11.30 dan aku masih belum gosok baju dan kemas beg.terasa mahu ke sekolah pula.bangun subuh tadi dengan baju kurung di badan.owh.tido dengan baju kurung.sebab kepala terlampau pening.kesan presentation ecs petang itu.masih lagi bukan calon idaman menantu mak anda.terasa aku terjaga dan rasa arwah di samping ku.ahh.pergi kau kenangan.aku bangun.mandi.dan lihat folder gambar di laptop yang terbuka dari semalam.ternampak wajah-wajah kesayangan.apa yang aku ada dulu,sudah hilang.makin jauh.makin tak nampak.apa yang aku sayang,makin pergi.jauh.tinggalkan aku.apa yang aku benci,apa yang aku tak nak,makin menghampiri.dekat.macam nak bersatu.adakah ini karma?adakah ini balasan?adakah ini takdir.aku bingung.dan aku sedang mencari penjelasan logik.jika ini namanya hidup.aku redha.sekalipun aku penat.ini hidup.penat sudah tapi ini nyata.macamana mahu kejutkan aku dari mimpi yang nyata ini?dan tadi aku hampir menghantar mesej "salam.u know sis,suddenly i think i want to be just like u.a lawyer.n u know,it is the fact that i hate most rite now".aku tak tahu kenapa minda aku boleh berfikir sedemikian sedangkan inilah apa yang aku benci selama 20 tahun.i hate being a lawyer.mana pergi cita-cita aku terhadap laut?anak-anak yatim itu?hutan itu?sungguh aku tak mengerti permainan hati.sungguh aku tak faham hati ini biarpun aku pemilik hati ini secara mutlak.
banyak kenangan telah dicipta kebelakangan ini.dan gambar akan diupload kemudian.dan sungguh saya katakan,saya benci amat pada perpisahan kerana banyak kenangan akan menghantui hidup saya menyebabkan saya akan rindu pada masa silam.i hate saying goodbye.
*saya lapar kerana dari semalam lupa makan.saya rindu masakan mak cik saya.saya rindu rumah saya.saya rindu kampung saya.saya rindu pantai saya.saya juga rindu kawan-kawan saya di terengganu.kawan-kawan di ipoh.kawan-kawan di kolej.kawan-kawan di rumah taman mewah.abang saya di sarawak.adik saya johor.adik bongsu yang tengah menduduki peperiksaan pmr.sepupu saya di melaka.abang nawi saya di klang.kawan-kawan saya di kuala lumpur,selangor,perak,kedah,pahang,kelantan,sabah,melaka,brunei.kawan-kawan myspace,facebook,friendster,ym,blogspot.kakak saya di puchong.kawan saya di indonesia.kawan saya di rusia.makcik saya di jerman.sepupu saya di united kingdom.kawan saya yang nak ke jepun.dan juga mereka yang sentiasa di hati ini.mereka tahu siapa mereka.saya rindu sayang anda semua.
semua sudah.tadi melakukan 1 presentation dan agak lega sedikit.rasa mampu bernafas dengan lega sedikit.esok sudah mula puasa.saya di ipoh.keluarga di terengganu.oh.maknanya saya tak balik untuk mula puasa dengan mereka.oh.saya rasa macam sedih sangat kerana saya sudah menerima erti berkeluarga.saya ada keluarga.tapi tuntutan masa dan tanggungjawab disini.sudah.saya ingin melayangkan kata-kata maaf andai sepanjang perkenalan dengan saya menimbulkan rasa marah atau kurang senang,mohon maaf.saya manusia hina dan lemah.untuk kawan serumah,sekelas,sekampus,setaman,senegeri,senegara,sehati,sejiwa,selamat menjalani ibadah puasa ya?
ucapan untuk mereka:
-abg long,bila mahu balik kerumah dan puasa dengan isteri dan anak?
-abg fendi,sudah lupa jalan pulang terengganu?isteri dan anak ada disana.
-kakak,sila tahan dan kuat okay?saya akan balik raya untuk peluk kamu.sayang kakak.
-kak ada,sila jaga adam dan aqil ya.saya sayang mereka.tolong la balik trg bila raya nnti
-abg im,aku rindu kau bro.sumpah rndu.nanti balik,main mercun ya?
-kak mah,semoga orang baru hadir ceriakan hidup.
-abg sir,selamat berpuasa.
-abg din,kau puasa penuh ya?t kak bagi duit raya.
-baby na,puasa jangan ponteng.jaga mummy.
-mummy,minta maaf.kak sedang cuba jadi seorang anak.halalkan selama ini.
-ayah,bila kita dapat rasa puasa macam 11 tahun dulu?bila ayah nak sembuh?raya dengan kami?
ucapan buat mereka:
-naz,jangan makan roti dalam kelas lagi ya.puasa penuh ya.
-fiza,sila puasa penuh ya?tiada lagi ponteng puasa dan makan roti.
-along,puasa ya?jangan ponteng.
-mazni,jangan ajak zaif ponteng puasa.
-wani,jangan lupa nak puasa ya?
-z,syg,kau puasa ya?aku jauh ni.aku sayang kau.
-na,puasa ya?jangan ikut si adwa ponteng puasa.rindu kau.
-abg nawi,puasa ya?nanti berbuka dengan adik.rindu abg.
dan semua yang saya tak sebutkan disini,bukan bermakna lupa tetapi tidak cukup ruang.ternyata runag kamu di hati saya lebih besar.kamu sentiasa dihati dan tak perlu dicoretkan disini.ucapan,selamat berpuasa.saya sayang kalian.

eh abg.aku syg kau lebih la hari ini.kau baik sangat la hari ini.terima kasih yang tak terhingga kerana abg sudi mencuri masa.sudi memandu dari bangsar ke klang.sudi mengambil barang naz dan adik.sudi tinggalkan program itu sekejap.kalau abg sentiasa baik macam ini kan bagus.bahagia saja hidup adik.macamana mahu cakap lagi ya?abg sangat baik la hari ini.bukan tak pernah abg baik selama ini tapi hari ini baik sangat la.hahhaha.walaupun abang sangat sibuk dengan anak-anak yatim itu,tapi,abg baik la.itu saja adik nak cakap.selebihnya tunggu di ipoh la.
ok,ayat di atas sangat mengarut tapi itu hakikat.dua janji itu tunggu kami dapat barang2 dulu ya?tiba2 adik terfikir,siapa yang bertuah untuk mendapat abg dan adik teringin nak tahu satu hari nanti.dan sememangnya wanita itu sangat bertuah.
*puji2 macam ini kurangkan janji itu,lebihkan berat pahala ya?

ini adalah award dari beliau sempena ulang tahun penciptaan blog beliau.
*naz,lain kali bolehkah kamu pos ke rumah saya hadiah penghargaan kamu.saya mahu gantung di ruang tamu rumah.
Kehadapan teman2,
saat ini,apa yang aku boleh lakukan adlah berdoa dan trus berdoa.berdoa supaya segalanya baik.seglanya kembali normal.segalanya seperti sediakala.tiada lagi tangisan pada malam2 sepi.tiada lagi rintihan penanggungan derita.tiada lagi jeritan batin yg terseksa.Ya Allah,bantulah hamba2 Mu yg lemah ini.Mereka perlukan Mu dalam mengharungi ujian Mu.Buat teman2 yg sedang berjuang,di persimpangan hdup,ketahuilah bahawa aku menyayangi kamu dan sentiasa menyokong kamu even aku berada di luar garisan derita kalian.ketahuilah,dengan melihat kamu terseksa,aku turut terseksa.kita bagaikan 2 hati yg punya jiwa yg sama bukan?
Angah ank Abah,anda insan yg terpilih yg Dia mahu anda melalui ujian derita,kesakitan untuk meguji sejauh mana anda mampu.saya yakin,anda mampu.anda punya hati yg sangat lembut tapi anda bleh jadi teramat kuat mcm transformer.saya sayang anda.kalaulah saya boleh berada di sisi anda sekarang,berkongsi derita anda.tapi tuntutan tangggungjawab x mampu saya elak.anda,saya titipkan warkah ini buat anda agar anda dapat merasa kasih syang teman2 disni.kami semua menyokong dan kami semua titipkan kekuatan yg ada pada kami untuk anda.saat anda kesakitan,pejamkan mata,rasai kekuatan kami bersama anda.sekali lagi,saya sayang anda.terlalu sedikit ayat saya tulis buat anda,tapi x kisahlah sebab words doesnt describe love.
p.s/sekarang saya rndu kita tdo bersma
Nurul Husna bt Zawawi,anda insan bertuah yg sedang diuji Allah.terima segla ujian dengan ketabhan yg tinggi,kekuatan yg tepu.hati yg lapang walaupun sebenarnya kamu takut,benci dan x suka.ini ujian pada mu syg.terima n sempurnakan.jgn tunduk mengalah pada kemenangan syaitan.jangan menangis kekalahan takala badan x mampu menanggung air mata.kunci minda kmu dengan perktaan jgn sesekali tunduk mengalah.aku x tega lagi mendengar tangisanmu.seolah2 tangisanmu itu mampu membawa aku trus ke airport dan membeli tiket balik ke trg untuk mengelap air mata mu.esakan derita kamu buatkan aku berslah tentang erti sahabat.teman,aku jauh darimu.hanya suara penyambung ikatan tetapi jiwa kita da serasi bukan?kamu menangis,aku lagi hiba.kita sudah biasa berkongsi tisu untuk mengelap air mata.hapuskan air matamu,bangun.berjuang untuk sesuatu yg kamu yakin kamu x lakukannya.aku tiupkan semangat buat kamu dari jauh.rasakan kasih syg yg akan jadi perisai diri kamu.aku sayang kamu.
p/s:maaf.terlebih berbunga bahasanya.
Siti Nazirah bt Ehsan,kamu makhluk tuhan yg juga sangat disayangi.kamu diberi 'anugerah istimewa untuk kamu motivasikan diri.pilihan antara kekal dan ghaib.jangan sesekali kamu tersasar dari landasan keimanan teman.aku yakin kamu mampu harunginya.aku berdiri di belakang andaikata kamu kehabisan tenaga melawan dan berjuang,aku sudi sandarkan badan,sedekahkan tenaga buat kamu.kita sama2 berjuang.jangan pernah berhenti mengalah.kamu punya aku.kamu punya teman2 lain.aku sayang kamu juga teman.
p/s:kamu sangat comel time tdo
Tuan Khairil Azreen bin Tuan Azmi,kamu seorang anak yg juga sangat disayangi Allah.Allah x henti2 kirimkan ujian buat kamu dan kamu masih disini.biarpun aku tau,kamu pernah jatuh terduduk,menjerit derita,menghukum perasaan tapi e2 suma x penting kerna aku dapat melihat kamu ada kesungguhan untuk bangun dan terus melakar mimpi dalam kanvas hidup.macam 2 lah.jangan pernah pejamkan mata,terima segalanya,gelapkan hati,sempitkan ruang perasaan.kamu perlu buntangkan mata,tengok dunia.bukan kamu seorang sahaja yg diuji sebegini rupa.jangan pernah pk kamu yg paling malang.dan selamat melangkah keluar.aku dan teman lain sentiasa menyokong kamu berjalan atas jalan kehidupan yg bernama pershabatan.
p/s:bhsa aku ngan die even berbunga,tp die pham