membuka pintu

Posted by . | Posted in

setelah hampir 4 bulan aku tidak menulis,hari ini aku kembali melanggar janji bodoh pada diri sendiri untuk menulis dan menulis tentang isi hati.tentang diari setiap hari.persetankan pada komen.persetan pada rasa.kalaulah semudah itu.berjuta perkara terjadi merenggut rasa untuk menulis kerana aku tahu menulis pun tak mampu untuk mencatumkan balik ikatan keluarga yang terlerai,tak berupaya untuk menyimen hati aku yang pecah seribu agar kembali keras seperti dahulu.sesudah meninggalkan tempat praktikal,rindu datang menyerbu segenap arah,sungguh rindu pada keluarga yang satu itu.nantilah.ada masa ke sana.sudah selesai juga tempoh belajar di ipoh.sudah selesai.semacam tidak percaya semalam baru aku berkenalan dengan naz dalam lab.rasa macam tadi baru tidur sekatil dengan fiza.rasa macam 2 minit lepas lap air mata duka sepanjang di ipoh.macam tadi tengah gelak ketawa dengan kawan sambil merenung langit malam dan bicara tentang masa depan.bicara tentang hidup dengan khai di penthouse.bicara tentang faz cinta fiza di stesen minyak ketika hujan lebat.bicara tentang siapa2 sahaja.sekejap saja masa berlalu.masing2 mengorak hala depan hala tuju masa depan.cuma 1 pinta aku,jangan pernah buang kenangan dan rasa kerana hanya itu seorang manusia punya.to live hell or to live well,we choose.aku makin selesa macam ini.menolak dan terus menolak tubuh mengikut arus hidup.kerjalah kalau aku punya rezeki.ke uk lah kalau aku punya kekuatan lebih.ke universiti lah jika aku masih belum muak.ke lautlah jika kebebasan diberi.ke dada Allah lah jika itu takdirnya.aku berjalan dan berjalan.makan sampai gemuk.tidur sampai pengsan.Ya Allah, pintaku padamu bagi aku sedikit masa untuk rasa bahagia sebelum aku bergerak mencari redha-Mu.teringat kata-kata paan anak datuk pengarah, jangan kejar syurga sahaja.kejar juga redha Allah.aku jauh dari keduanya itu.aku sedang mencuba setiap saat.dan sekarang,aku rasa lebih kuat untuk bagi semangat untuk kawan2 aku yang perlukan cinta sayang aku selepas minum jus anggur putih ini,idamkan lebih segar,kupaslah sendiri.


Comments (1)

;(
mcm smlm juga rasanya aku baring atas tubuh termantap kau.
bru smlm juga rasanya aku bri CPR pada diri kau.
semuanya rasa bru smlm jd sbb masa berlalu pantas.