masih bernafas.aku sekarang berada di kampung.ah.aku sudah berjaya menulis permulaan ayat untuk entry.alhamdullillah.aku masih tak lupa menulis.terlampau banyak benda yang berlaku tapi aku memilih untuk rahsiakan sahaja.sebab sekarang aku didalam mode melarikan diri.bukan dari peminat tapi dari diri sendiri.aku keringkan hati supaya jadi macam sotong kering,tak adalah menangis macam span basah saja.aku lari dari kerja.lari dari rumah sana.lari dari sahabat baik.lari dari kehidupan bebas aku dan aku memilih untuk duduk di sini.tanah tumpah darah.memilih untuk mencuba frasa aman dan damai di kampung.biarlah aku tidak moden,biarlah aku tidak canggih,asalkan pahala aku bertambah-tambah kelak.aku lari tanpa memberi penjelasan.kawan,kamu tahu kan kawan kamu ini sangat rapuh hati dengan yang tersayang.aku takut aku cuma sempat bercakap dua patah dan aku terus menangis.biarlah aku dituduh lupa kawan lupa diri lupa segalanya asalkan aku tak perlu menatap mata kamu.kalau tak aku akan sedih sesedihnya.aku bukan macam dulu lagi.gelak ketawa dan dalam hati menangis.aku sekarang gelak ketawa dan dalam hati bagai dilapah disalai masak lemak.lumat.tiada rasa lagi.hati yang tidak enak.bukan salah kamu.bukan salah dunia.salah aku sendiri.dan tak guna terus berpaling pada belakang dan mengharap masa berhenti supaya waktu dapat diundur.najihah sedang menjadi pengecut.bahasa yang elok adalah najihah sedang bersabar.aku tak tahu apa lagi yang hendak ditulis.rasanya banyak namun entahlah.kata datuk siti,biarlah rahsia.dan aku setuju.terima kasih untuk tajuk lagu itu ya.sekurangnya aku ada orang untuk dipersalahkan.biarlah rahsia asalkan tiada yang sakit hati.sakit jiwa cedera badan.maafkan aku atas apa yang berlaku.melarikan diri adalah sifat pengecut namun aku tiada upaya.satu hari nanti kamu akan mengerti dan memaafkan.aku tahu kamu akan sentiasa memaafkan kerana kamu yang terbaik.selepas ini negara mana pula yang sesuai sebagai tempat persembunyian?mungkin menarikan tarian orang maori atau menikmati musim bunga di ladang yang luas.Tuhan.permudahkan jalan hidupku.
Kawan, apa2 pun keputusan kamu.. itu hak kamu, aku doakan yg terbaek sentiasa utk kamu.
TOLONG JAGE DIRI SENDIRI, JGN LUPE MKN...
*walau ape pun terjadi kite tetap berkawan kn..?
*fyi, saye rindu saat bersama kwn2 saye.
*kenangan, tlg jgn pernah pergi!
kawan,terima kasih.
kau tahu aku sentiasa akan ada dengan kau.
iya,aku jaga makan.aku dah tiada korang untuk bising dan angkat aku ke hospital.dekat sini nobody cares.
friends forever :)
memories will stay,never fade.
g..
kat umah ke now?
huhu
gud2
:)
wl be seeing u soon
:)