perasaan yang ganjl

Posted by . | Posted in , ,

sudah lama tidak update.bukan kerana tiada apa mahu diluahkan tetapi kerana tidak cukup masa.Tuhan sudah bagi saya masa 24 jam sehari tapi masih tidak cukup.sungguh hina saya kerana habiskan masa yang Tuhan bagi tanpa apa-apa manfaat tapi masih merungut tidak cukup.sila tembak najihah sekarang.banyak benda yang berlaku sepanjang saya tidak update ini.akan saya ceritakan di lain hari.kenapa guna ganti nama saya.sungguh sopan.



aku gagahkan diri untuk menulis pagi ini walau kelas sebentar lagi jam 11.30 dan aku masih belum gosok baju dan kemas beg.terasa mahu ke sekolah pula.bangun subuh tadi dengan baju kurung di badan.owh.tido dengan baju kurung.sebab kepala terlampau pening.kesan presentation ecs petang itu.masih lagi bukan calon idaman menantu mak anda.terasa aku terjaga dan rasa arwah di samping ku.ahh.pergi kau kenangan.aku bangun.mandi.dan lihat folder gambar di laptop yang terbuka dari semalam.ternampak wajah-wajah kesayangan.apa yang aku ada dulu,sudah hilang.makin jauh.makin tak nampak.apa yang aku sayang,makin pergi.jauh.tinggalkan aku.apa yang aku benci,apa yang aku tak nak,makin menghampiri.dekat.macam nak bersatu.adakah ini karma?adakah ini balasan?adakah ini takdir.aku bingung.dan aku sedang mencari penjelasan logik.jika ini namanya hidup.aku redha.sekalipun aku penat.ini hidup.penat sudah tapi ini nyata.macamana mahu kejutkan aku dari mimpi yang nyata ini?dan tadi aku hampir menghantar mesej "salam.u know sis,suddenly i think i want to be just like u.a lawyer.n u know,it is the fact that i hate most rite now".aku tak tahu kenapa minda aku boleh berfikir sedemikian sedangkan inilah apa yang aku benci selama 20 tahun.i hate being a lawyer.mana pergi cita-cita aku terhadap laut?anak-anak yatim itu?hutan itu?sungguh aku tak mengerti permainan hati.sungguh aku tak faham hati ini biarpun aku pemilik hati ini secara mutlak.



banyak kenangan telah dicipta kebelakangan ini.dan gambar akan diupload kemudian.dan sungguh saya katakan,saya benci amat pada perpisahan kerana banyak kenangan akan menghantui hidup saya menyebabkan saya akan rindu pada masa silam.i hate saying goodbye.



*saya lapar kerana dari semalam lupa makan.saya rindu masakan mak cik saya.saya rindu rumah saya.saya rindu kampung saya.saya rindu pantai saya.saya juga rindu kawan-kawan saya di terengganu.kawan-kawan di ipoh.kawan-kawan di kolej.kawan-kawan di rumah taman mewah.abang saya di sarawak.adik saya johor.adik bongsu yang tengah menduduki peperiksaan pmr.sepupu saya di melaka.abang nawi saya di klang.kawan-kawan saya di kuala lumpur,selangor,perak,kedah,pahang,kelantan,sabah,melaka,brunei.kawan-kawan myspace,facebook,friendster,ym,blogspot.kakak saya di puchong.kawan saya di indonesia.kawan saya di rusia.makcik saya di jerman.sepupu saya di united kingdom.kawan saya yang nak ke jepun.dan juga mereka yang sentiasa di hati ini.mereka tahu siapa mereka.saya rindu sayang anda semua.

Comments (5)

perasaan itu yang sering kita rasa bila kita makin jauh.

just enjoy the moment we had rite now...
lepas ni.. pengala,man yg akn kite rase mgkin xsehebat yg kite rase skang ataupn mgkin xkan blaku lg..
ehm...

adakah saya akan hilang anda naz?
adakah saya akan hilang dari dunia ajaib anda?
saya mahu duduk di dunia ajaib anda sampai bila-bila.bolehkah?
jangan halau saya okay?

khai.
mcm yang selalu berlaku.
pertemuan dan perpisahan.
di tengahnya adalah kenangan.
boleh tak aku nak pilih pertemuan dan sentiasa bersama dengan kenangan?aku tak nak perpisahan itu.

pernah merasainya..