aidilfitri kisah duka

Posted by . | Posted in

hari ini sangat melampau-lampau panasnya.serius.aku rasa macam nak menangis sebab panas sangat.panas neraka belum lagi.aku sudah tidak sabar mahu pulang ke ipoh.biarlah ipoh bandar mati.biarlah ipoh tiada hidup tapi sekurang-kurangnya ipoh tak pernah buat aku menangis sedih di hari raya sepanjang 20 tahun aku hidup sepertimana terengganu buat aku pada sambutan raya aidilfitri 1430 hijrah.sungguh.tak tipu.sumpah.cakap benar.ini raya paling teruk pernah aku alami.walaupun raya tanpa baju baru serta miskin segala-segalanya,walau raya tanpa ayah yang sihat,perasaan teruk dan sedih ini tak terbanding dengan raya kali ini.dengan rumah yang kacau bilau,ayah masih di situ,airmata sana,airmata sini,jerit pekik,tangisan ibu yang sedih akan anaknya,ahli-ahli keluarga yang menanggung rasa,ianya adalah mimpi ngeri yang sangat ngeri.i still hope this is a nightmare that will be gone when i wake up.but it is a reality.reality that hurt me so much.sejak malam raya lagi adegan perang bermula bila lelaki bergelar suami itu pulang.setelah sekian lama.suami,kenapa kau musnahkan harapan raya kami sekeluarga?isteri,kenapa kau lukakan hati kami sekeluarga?raya pertama seperti hari biasa.tiada adegan mintak maaf.tiada gambar.shit.tiada gambar keluarga.dan aku cemburu sama teman yang punya gambar keluarga.tiada gelak ketawa.penuh dengan tangisan demi tangisan.bilik hujung ada insan menangis.bilik tengah juga.di dapur juga.di ruang tamu juga.di beranda rumah juga.dan aku menangis di dalam hati kerana anak-anak tidak mengerti apa-apa.raya kedua,perempuan jalang itu mengganggu.terjadi lagi perang.ahh.aku sudah tidak betah duduk terengganu.malam itu aku mahu hantar si ibu ke lapangan terbang.biar seorang tiada barulah tidak terjadi perang namun,ada pihak menghalang.jaga hati ibu mertua.dan malam itu lagi sekali drama tak berbayar.aku sudah sembamkan muka ke bantal.dimana mahu aku cari damai?syurga atau neraka?atau tiada di dua-dua tempat itu?raya kedua,semua sunyi sepi.tidak berziarah kemana-mana.semua duduk di rumah yang sudah hilang makna keluarga.kau pandang wajah aku.aku pandang muka kau.tiada perasaan.sangat sedih dan hatiku bagai direnyuk dan digilis lori.ini yang aku dapat bila aku mula menerima keluarga,lebih baik aku jadi yang dulu.yang tiada perasaan tentang keluarga.yang hidup sendirian tanpa keluarga.tapi aku tahu,aku bukan budak lagi.keluarga adalah keluarga walau macamana teruk pun mereka.pedihnya menerima kenyataan tentang keluarga.raya ketiga,raya keempat dan hari ini.masih sama.aku masih belum ke rumah saudara kerana kejutan drama yang bersambung dari malam raya lagi.apa nak buat.sudah takdir.saat ini aku mahu segera ke ipoh.biar disana aku tiada keluarga tapi aku punya kawan-kawan yang sentiasa dengan aku.kawan yang sentiasa gelak dan menangis.dan peluk aku.bagi aku rasa sedikit kasih serta sayang.bukan seperti di sini.aku perlu menangis meraung-meraung baru mereka akan sedar akan aku.tragik bukan?tapi ini yang terjadi.teman-teman,aku rindu kamu.maaf kerana tak menghubungi.aku sibuk membikin drama air mata.sudah habis stok tisu di kedai.selamat hari raya buat kamu dan keluarga.aku sentiasa rindu gelak ketawa kamu.nanti tanyakan kelurga kamu,aku boleh jadi anak angkat keluarga kamu tak?





*bukan niat bercerita aib keluarga,tapi ini saja caranya.aku sendiri,tidak berteman dan hanya ini ruang aku.izinkan aku bercerita dan melepas rasa.kalau tidak,aku akan kalah dalam perjuangan ini.

Comments (4)

sy igtkan sy jer yg sedih sbb x dpt balik raye...
rupa2nyer ade lagi yg sedih walaupun dpt balik beraye...
sabar yer jiha...
sy faham ape yg jiha rase...
kuatkan semangat ok...

jiha.
even aku xde kat tmpt ko.
even aku tak penah alami pe ko alami ni.
tp..dr cerita ko. yg x mnampkan wajah ko. aku dpt rasai prasaan ko jiha.

Kita knl dah3 thun,mngis gelak bsama,
sgala psl hati&prasaan ko,aku turut rasai jiha.

Jmpa lagi di ipoh.Troskn pjuagan ok.Love u syg,

semuga yg terbaik sentiasa ade bersam kamu.. insyaAllah.. Dia sentiasa ada...

mak kate boleh =)