terbaring di ipoh

5

Posted by . | Posted in

seminggu puasa.salam ramadhan buat semua.semua yang sudah pulang ke rumah masing-masing untuk berpuasa bersama keluarga.keluarga.aku sepatutnya pulang hari ini ke kl tetapi macam tak sampai hati nak tinggal along.so buat keputusan drastik,tinggal di ipoh dengan along sahaja.sedih memang pedih.tapi hati tak sampai hati.insyaallah,ada lagi ruang masa yang lain akan ada masa dengan keluarga.buat adam,aqil dan kak ada,maaf dan tante rindu kalian.tungu tante pulang ya?semalam kesemua rakan-rakan serumah pulang ke rumah masing-masing.naz berkonvoi balik ke klang.maaf tak dapat ikut ya naz?aku sayang kau sentiasa la.mazni pulang dengan zaif.wani kuhantar ke medan gopeng untuk pulang ke kedah.fiza selamat sampai di taiping.dan lewat petang itu aku merasakan yang aku seorang di rumah.seorang.okay,sangat sedih berbuka seorang diri di bulan ramadhan.sangat sedih okay.mujur ada boboy nak temankan aku.sebelum itu dia juga enggan temankan.mahu aku berbuka seorang.kau suka buli aku kan boy?selepas itu,gerak pergi gm untuk berbuka bersama along dan pali.selepas berbuka,pali ke ip main bowling,boy balik rumah untuk terawih dan aku tunggu along habis kerja.ini adalah catatan sehari tiada rakan serumah untuk berbuka puasa.rindu korang la.


*hari ini berbuka makan apa,dengan siapa?

sudah

3

Posted by . | Posted in

semua sudah.tadi melakukan 1 presentation dan agak lega sedikit.rasa mampu bernafas dengan lega sedikit.esok sudah mula puasa.saya di ipoh.keluarga di terengganu.oh.maknanya saya tak balik untuk mula puasa dengan mereka.oh.saya rasa macam sedih sangat kerana saya sudah menerima erti berkeluarga.saya ada keluarga.tapi tuntutan masa dan tanggungjawab disini.sudah.saya ingin melayangkan kata-kata maaf andai sepanjang perkenalan dengan saya menimbulkan rasa marah atau kurang senang,mohon maaf.saya manusia hina dan lemah.untuk kawan serumah,sekelas,sekampus,setaman,senegeri,senegara,sehati,sejiwa,selamat menjalani ibadah puasa ya?

ucapan untuk mereka:
-abg long,bila mahu balik kerumah dan puasa dengan isteri dan anak?
-abg fendi,sudah lupa jalan pulang terengganu?isteri dan anak ada disana.
-kakak,sila tahan dan kuat okay?saya akan balik raya untuk peluk kamu.sayang kakak.
-kak ada,sila jaga adam dan aqil ya.saya sayang mereka.tolong la balik trg bila raya nnti
-abg im,aku rindu kau bro.sumpah rndu.nanti balik,main mercun ya?
-kak mah,semoga orang baru hadir ceriakan hidup.
-abg sir,selamat berpuasa.
-abg din,kau puasa penuh ya?t kak bagi duit raya.
-baby na,puasa jangan ponteng.jaga mummy.
-mummy,minta maaf.kak sedang cuba jadi seorang anak.halalkan selama ini.
-ayah,bila kita dapat rasa puasa macam 11 tahun dulu?bila ayah nak sembuh?raya dengan kami?

ucapan buat mereka:
-naz,jangan makan roti dalam kelas lagi ya.puasa penuh ya.
-fiza,sila puasa penuh ya?tiada lagi ponteng puasa dan makan roti.
-along,puasa ya?jangan ponteng.
-mazni,jangan ajak zaif ponteng puasa.
-wani,jangan lupa nak puasa ya?
-z,syg,kau puasa ya?aku jauh ni.aku sayang kau.
-na,puasa ya?jangan ikut si adwa ponteng puasa.rindu kau.
-abg nawi,puasa ya?nanti berbuka dengan adik.rindu abg.

dan semua yang saya tak sebutkan disini,bukan bermakna lupa tetapi tidak cukup ruang.ternyata runag kamu di hati saya lebih besar.kamu sentiasa dihati dan tak perlu dicoretkan disini.ucapan,selamat berpuasa.saya sayang kalian.

jam 2:51

3

Posted by . | Posted in

hujan renyai-renyai.aku baru habis bercakap di telefon dengan abg nawi.sumpah gelak tak ingat dunia.berjam-jam cakap sampai habis kredit aku.abg,kau kene topupkan adik okay.hahahaha.apa yang dibincangkan adalah soal hidup sepanjang aku tak contact dengan dia kerana konon aku merajuk dengan dia.dia sedih kerana aku tak tau dia sakit.sorry abg.adik dalam mood merajuk.hahhahaha.okay.lain kali abg sakit,abg bgtau adik melalui ym ya?boleh?sungguh aku rindu kenangan lalu dan dia juga rindu.dia terkejut aku ingat setiap detik dan saat.tentulah adik ingat abg kerana adik tak pernah melepaskan apa yang hadir dalam hidup adik.semuanya bermakna.kami berkongsi satu rasa.rindu pada kenangan lama.sumpah rindu.jangan risau abg.nanti kita buat filem pasal kenangan itu ya?nanti kita boleh tengok selalu dan adik upload di internet.abg download macam abg download cerita nur kasih.macam perempuan sahaja abg ini melayan cerita nur kasih itu.okay.apapun abg,jaga diri.jaga hati.walau adik tak hubungi abg,adik sentiasa jadi adik abg ok?dan aku terima komen di myspace tentang entry aku.z sayang,itu bukan kata-kata untuk kamu.itu pandangan aku sahaja.tak tergamak mahu berkata begitu pada kembar aku la.jangan salah faham ya sayang?aku mahu sudahkan entry ini disini.aku mahu sambung berfikir.moga-moga ianya muncul dalam mimpi.dan juga buat naz dan pali,terima kasih untuk hari ini.sekurang-kurangnya aku tahu untuk membuat sesuatu yang lain selain dari menangis dalam saat-saat macam ini.kasih untuk segalanya.







*siapa abg joe itu ya?

masih menangis

3

Posted by . | Posted in

menangis untuk satu ketabahan

air mata

0

Posted by . | Posted in

menangis.

pagi khamis.

2

Posted by . | Posted in

jam 3.15.aku mahu menulis dan ini tempatnya.terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini dan aku terlalu sibuk mahu menulis.sekarang aku punya ruang untuk itu.berbicara soal cinta,ianya subjektif yang tiada jawapan khusus.bukan aku menghukum lelaki atas kesalahan lelaki lain,tp baby,aku belum bersedia untuk mempunyai komitmen dan memberi komitmen.cinta perlu segalanya.bukan macam kau berkenan 1 baju,kau beli dan kau pakai.bukan.cinta itu perasaan.sudahlah.aku bukan doktor cinta mahu membebel tentang perasaan serta cinta.takziah buat nazirah kerana 2 ekor anak kucingnya mati.sabar ya sayang?lepaskan ia pergi dan janji Tuhan,akan ada yang lebih baik.buat asyraff,kau sila jadi diri sendiri okay?apapun,aku ada kat belakang tau.mana tahu kau jatuh tersepak batu ke?aku tiada penjelasan khusus,tapi Dia ada kan?buat abg nawi,sorry.adik masih dalam mood terasa.abg tahu mcmana rasa hilang dan tak dihargai tapi abg masih lawakkan itu juga.adik tahu ini bukan kali pertama,tapi jiwa ini rapuh bila tiba bab hilang.mungkin adik akan terima dan adik sedang belajar sekarang.memang wajib sekarang kerana hilang itu bila-bila sahaja.apapun,adik sayang kamu rindu kamu.tiba-tiba aku rindu pada kenangan zaman sekolah.tak payah guna perkataan tiba-tiba sebenarnya kerana aku selalu rindu.zaman bergosip pasal artis,zaman belasah siapa-siapa yang menyibuk hal teman-teman.zaman bilamana tak suka sesuatu,musnahkan sahaja.zaman belajar benda baru di bilik editing majalah.zaman juga dimana ada kawan untuk dengar cerita keluarga.zaman bila kawan pinjam bahu serta jasad untuk mengurangkan sedih.zaman bila seorang tak makan,semua tak makan.zaman bila senyuman paling ikhlas.gelak tawa paling sempurna.linangan air mata yang tak tertanggung.zaman segalanya indah.zaman kebelakang.zaman kenangan sekali seumur hidup.sekarang adalah zaman berbeza.zaman kerinduan.aku di ipoh.za di kelantan.husna di terengganu.syaton bakal berpindah ke kuala lumpur.adah bakal terbang ke negara orang.tina dan shima membuang erti sahabat pada kami.sesungguhnya aku rindu nak lepaskan benda lama.kata orang,lepaskan yang lama.yang baru akan datang.benar atau tidak.aku tak pasti.kerana aku tak pernah melepaskan apa saja yang aku dapat,kenal,rasa,sayang.kerana aku tahu,semua itu sekali sahaja.oh,aku terlupa.buat along,selamat hari jadi.moga sentiasa ceria dan tabah.buat semua yang aku rindu sekarang,kalian tahu siapa kalian semua,aku rindu kamu seikhlas hati dan aku mahu kalian.sentiasa dan jangan pergi.boleh?





*penat karaoke.hilang suara.aku masih menyanyi tiada nada.tapi kalian seronok.itu yang penting.

menjelang petang

4

Posted by . | Posted in

aku baru sahaja bangun sejam yang lepas.sungguh.mak-mak di luar sana,saya bukan calon menantu idaman.aku tertidur pun dah jam 6 pagi.dari jam 3 pagi aku berkira-kira mahu ambil keretapi pulang ke kl.aku risaukan adam dan aqil.sungguh-sungguh aku tekad kalau ada lagi perang,aku lari kl ambil adam dan aqil duduk dengan aku.jangan kamu gaduh,emosi anak terabai.tolong lah.saya ada banyak benda nak fikir la.tapi takkan saya boleh buat bodoh kayu sahaja kalau kakak call dengan linangan air mata.tolonglah.kakak yang di terengganu juga gaduh.sudahnya saya tersepit di tengah.okay.sekarang saya sudah buat keputusan drastik,kamu pasangan di terengganu,jangan lukai kakak saya lagi atau tak,saya akan buatkan kamu bercerai.itu jalan terbaik okay.kamu pasangan di kl,tolong jangan gaduh lagi.kalau nak gaduh juga,kamu bawa diri ke bali dahulu.jangan gaduh depan anak-anak okay.mereka itu saya jaga dari merah.saya pun tak tinggikan suara pada mereka.saya sayang hubungan kamu ini.dua-dua saya sayang tapi kalau sudah hati terluka,jiwa bernanah,perasaan membusuk,sila ambil tindakan okay.juga ibu tua di terengganu bertanya"kamu mahu mummy cepat mati?"
sekarang saya mahu buat kerja sambil kepala fikirkan anak-anak saya.jangan menangis ya sayang?tante sayang kalian




*jika ini keadaannya,saya fobia kahwin.sumpah.

harijadi

2

Posted by . | Posted in

selamat ulangtahun kelahiran yg ke ...buat abg din.
semoga terus matang lagi dalam hidup ini.
semoga jangan cepat tunduk mengalah dalam hidup ini.
memang abg tak akan dapat apa yang abg nak berdasarkan apa yang abg impikan.
tapi Tuhan punya cara lain bagi benda itu.
kak memang tak akan ada dengan abg 24 jam.jadi jangan risau yang
kak akan bebel dekat abg.asalkan abg tahu apa yang abg buat okay?
bukan kak nak sangat marah dekat abg,cuma kak geram kenapa abg tak boleh jadi mcm kak?
kenapa tak jadikan kak contoh?contoh yang mengikut kata?walau masa depan kak jadi galang ganti tapi kak tetap terima atas dasar hormat.kan?
tapi apa boleh buat,abg sekarang pun dah ada disana.live well ok?
jangan degil-degil.basuh sendiri baju okay.iron sendiri baju.jemur dan lipat sendiri.
sana tak ada kak dengan mummy.sana tak ada orang kejut bising-bising.
you live on your own okay?
sudahlah.abg sudah besar.sudah layak bertanggungjawab pada keputusan sendiri.
kak tak tau nak bagi hadiah apa lagi.balik raya tuntut okay?
selamat hari jadi.semoga sentiasa membesar dan jadi anak yang berguna.kak sentiasa sayang adik kak.







*kak tiada gambar kamu yang senonoh la.ada yang tak pakai baju.kak upload okay?

hampir tengah malam

4

Posted by . | Posted in

saya rindu kamu.kamu.serta kamu.kamu juga.ya kamu disana.semua kamu.
rindu sangat.
saya sudah mahu pulang.
saya tak betah lama-lama di terengganu.
sekejap saja sudah cukup.
saya tak nak perang.saya tak nak ape-ape.
cukuplah.kita berdamai ya mummy.
anak mummy ini penat okay.
turunkan senjata masing-masing ok.
ishtiharkan keamanan.
teruskan usaha okay.
saya mesej dengan asyraf.saya komen di mespes dengan rakan dan abg.
oh kamu semua benar-benar sinari hidup saya.saya hampir lupa dengan kerinduan jika semalam abg tak ingatkan saya.katanya dia suka dengan post saya yang pasal kerinduan.hati tersentap.tiba-tiba ketawa saya ditarik.rindu memenuhi ruang hati.dia menyapa angin lalu.saya sangat rindukan dia.abg tanya adakah saya tunggu putera idaman.saya taknak jawab yang saya tunggu arwah.owh.saya masih gilakan dia.saya juga gila.entah.sudah.
saya mahu cari katil.saya mahu tidur.saya mahu jumpa lelaki yang saya jumpa dalam mimpi hari itu.sungguh.kau macam arwah.sejuk dan mendamaikan.macamana mahu set mimpi bagi lama ya?saya mahu minta nombor telefon la.selalu tak sempat.Tuhan,bagilah saya bahagia lama sikit walaupun itu cuma mimpi.izinkan saya rasa bahagia dulu tapi saya masih mahu tengok matahari esok hari.