pagi khamis.

Posted by . | Posted in

jam 3.15.aku mahu menulis dan ini tempatnya.terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini dan aku terlalu sibuk mahu menulis.sekarang aku punya ruang untuk itu.berbicara soal cinta,ianya subjektif yang tiada jawapan khusus.bukan aku menghukum lelaki atas kesalahan lelaki lain,tp baby,aku belum bersedia untuk mempunyai komitmen dan memberi komitmen.cinta perlu segalanya.bukan macam kau berkenan 1 baju,kau beli dan kau pakai.bukan.cinta itu perasaan.sudahlah.aku bukan doktor cinta mahu membebel tentang perasaan serta cinta.takziah buat nazirah kerana 2 ekor anak kucingnya mati.sabar ya sayang?lepaskan ia pergi dan janji Tuhan,akan ada yang lebih baik.buat asyraff,kau sila jadi diri sendiri okay?apapun,aku ada kat belakang tau.mana tahu kau jatuh tersepak batu ke?aku tiada penjelasan khusus,tapi Dia ada kan?buat abg nawi,sorry.adik masih dalam mood terasa.abg tahu mcmana rasa hilang dan tak dihargai tapi abg masih lawakkan itu juga.adik tahu ini bukan kali pertama,tapi jiwa ini rapuh bila tiba bab hilang.mungkin adik akan terima dan adik sedang belajar sekarang.memang wajib sekarang kerana hilang itu bila-bila sahaja.apapun,adik sayang kamu rindu kamu.tiba-tiba aku rindu pada kenangan zaman sekolah.tak payah guna perkataan tiba-tiba sebenarnya kerana aku selalu rindu.zaman bergosip pasal artis,zaman belasah siapa-siapa yang menyibuk hal teman-teman.zaman bilamana tak suka sesuatu,musnahkan sahaja.zaman belajar benda baru di bilik editing majalah.zaman juga dimana ada kawan untuk dengar cerita keluarga.zaman bila kawan pinjam bahu serta jasad untuk mengurangkan sedih.zaman bila seorang tak makan,semua tak makan.zaman bila senyuman paling ikhlas.gelak tawa paling sempurna.linangan air mata yang tak tertanggung.zaman segalanya indah.zaman kebelakang.zaman kenangan sekali seumur hidup.sekarang adalah zaman berbeza.zaman kerinduan.aku di ipoh.za di kelantan.husna di terengganu.syaton bakal berpindah ke kuala lumpur.adah bakal terbang ke negara orang.tina dan shima membuang erti sahabat pada kami.sesungguhnya aku rindu nak lepaskan benda lama.kata orang,lepaskan yang lama.yang baru akan datang.benar atau tidak.aku tak pasti.kerana aku tak pernah melepaskan apa saja yang aku dapat,kenal,rasa,sayang.kerana aku tahu,semua itu sekali sahaja.oh,aku terlupa.buat along,selamat hari jadi.moga sentiasa ceria dan tabah.buat semua yang aku rindu sekarang,kalian tahu siapa kalian semua,aku rindu kamu seikhlas hati dan aku mahu kalian.sentiasa dan jangan pergi.boleh?





*penat karaoke.hilang suara.aku masih menyanyi tiada nada.tapi kalian seronok.itu yang penting.

Comments (2)

kesyahduan di pagi hari..
kdg2 ku tfikir.. perlukah kite ketawa jika dihati masih merana..??

ecece saya mahu lohat pula kamu sayangkan seseorang lebih sedikit dari yg lain :}