masih bernafas.aku sekarang berada di kampung.ah.aku sudah berjaya menulis permulaan ayat untuk entry.alhamdullillah.aku masih tak lupa menulis.terlampau banyak benda yang berlaku tapi aku memilih untuk rahsiakan sahaja.sebab sekarang aku didalam mode melarikan diri.bukan dari peminat tapi dari diri sendiri.aku keringkan hati supaya jadi macam sotong kering,tak adalah menangis macam span basah saja.aku lari dari kerja.lari dari rumah sana.lari dari sahabat baik.lari dari kehidupan bebas aku dan aku memilih untuk duduk di sini.tanah tumpah darah.memilih untuk mencuba frasa aman dan damai di kampung.biarlah aku tidak moden,biarlah aku tidak canggih,asalkan pahala aku bertambah-tambah kelak.aku lari tanpa memberi penjelasan.kawan,kamu tahu kan kawan kamu ini sangat rapuh hati dengan yang tersayang.aku takut aku cuma sempat bercakap dua patah dan aku terus menangis.biarlah aku dituduh lupa kawan lupa diri lupa segalanya asalkan aku tak perlu menatap mata kamu.kalau tak aku akan sedih sesedihnya.aku bukan macam dulu lagi.gelak ketawa dan dalam hati menangis.aku sekarang gelak ketawa dan dalam hati bagai dilapah disalai masak lemak.lumat.tiada rasa lagi.hati yang tidak enak.bukan salah kamu.bukan salah dunia.salah aku sendiri.dan tak guna terus berpaling pada belakang dan mengharap masa berhenti supaya waktu dapat diundur.najihah sedang menjadi pengecut.bahasa yang elok adalah najihah sedang bersabar.aku tak tahu apa lagi yang hendak ditulis.rasanya banyak namun entahlah.kata datuk siti,biarlah rahsia.dan aku setuju.terima kasih untuk tajuk lagu itu ya.sekurangnya aku ada orang untuk dipersalahkan.biarlah rahsia asalkan tiada yang sakit hati.sakit jiwa cedera badan.maafkan aku atas apa yang berlaku.melarikan diri adalah sifat pengecut namun aku tiada upaya.satu hari nanti kamu akan mengerti dan memaafkan.aku tahu kamu akan sentiasa memaafkan kerana kamu yang terbaik.selepas ini negara mana pula yang sesuai sebagai tempat persembunyian?mungkin menarikan tarian orang maori atau menikmati musim bunga di ladang yang luas.Tuhan.permudahkan jalan hidupku.
*kau memang lelaki baik pernah aku jumpa.sentiasa jadi macam itu okay?
*Tuhan,tolonglah dia harungi jalan hidup penuh onak duri.sayang dia okay?
*aku takkan tinggalkan kau.sentiasa dengan kau okay?
*janji pada aku,walau apa jua keadaan berlaku selepas ini,kau akan kuat dan sentiasa kuat.okay?
*kau tahu siapa kau dan jadi diri kau okay?
*aku harap apa yang kau buat buat kau gembira.okay?
*dengan siapa pun kau,asal kau senyum gembira,aku okay.
"aku sayang kau.semua sayang kau.sayang kami balik okay"
aku harap sangat dia sentiasa okay.
kalau bukan sekarang,satu hari nanti.
buat kawanku yang jauh di utara sana,
tabahkan hati kamu.gagahkan jiwa kamu.kukuhkan pegangan kamu.sepertimana yang kamu minta aku tolong kamu,aku sentiasa menolong kamu dan menyokong kamu.sentiasa berada di sisi kamu dengan janji yang kamu akan tolong diri kamu sendiri okay?janji kamu akan aku pegang.sentiasa kuat lawan sakit itu.sentiasa cuba untuk fikir positif.sakit itu adalah ujian.sakit itu menguji semangat ketabahan kamu.kalaulah aku tahu di mana kamu berada sekarang,sumpah aku mahu ke sana dan berada di sana.sekurang-kurangnya dengan lawak bodoh aku dan kamu panggil aku bodoh berupaya hilangkan sedikit sakit kamu.aku tak kisah.untuk kamu teman.sentiasa sayang diri kamu seadanya kerana jangan fikir kami tak sayang kamu.kami sayang kamu.tolong hidup kuat untuk ibu.tolong hidup kuat untuk darwisy.tolong hidup kuat untuk kakak dan adik.tolong hidup kuat untuk kawan-kawan.aku tahu kamu pelajar pintar.jangan jadikan alasan sakit untuk kamu berhenti.kamu lebih kuat dari apa yang aku tahu.tolong aku untuk aku tolong kamu.tolong aku dengan cuba untuk kuat dan tabah dan aku akan tolong kamu untuk tengok matahari esok pagi okay?janji dengan aku jangan menangis sebab sakit.Tuhan takkan tolong kamu kalau kamu tak nak jaga diri sendiri.janji dengan aku, kamu akan kuat,makan ubat.makan nasi.makan banyak.bagi cepat sihat.bagi cepat jumpa aku.jumpa ibu.jumpa darwisy.jumpa orang lain.orang lain yang masih sayang kamu okay?jaga diri ya.cepat sembuh,sentiasa kuat.aku sentiasa dengan kamu okay.menangis pada aku dan merintih pada Tuhan ya?jaga diri.aku sayang kamu.kami semua sayang kamu.
setelah hampir 4 bulan aku tidak menulis,hari ini aku kembali melanggar janji bodoh pada diri sendiri untuk menulis dan menulis tentang isi hati.tentang diari setiap hari.persetankan pada komen.persetan pada rasa.kalaulah semudah itu.berjuta perkara terjadi merenggut rasa untuk menulis kerana aku tahu menulis pun tak mampu untuk mencatumkan balik ikatan keluarga yang terlerai,tak berupaya untuk menyimen hati aku yang pecah seribu agar kembali keras seperti dahulu.sesudah meninggalkan tempat praktikal,rindu datang menyerbu segenap arah,sungguh rindu pada keluarga yang satu itu.nantilah.ada masa ke sana.sudah selesai juga tempoh belajar di ipoh.sudah selesai.semacam tidak percaya semalam baru aku berkenalan dengan naz dalam lab.rasa macam tadi baru tidur sekatil dengan fiza.rasa macam 2 minit lepas lap air mata duka sepanjang di ipoh.macam tadi tengah gelak ketawa dengan kawan sambil merenung langit malam dan bicara tentang masa depan.bicara tentang hidup dengan khai di penthouse.bicara tentang faz cinta fiza di stesen minyak ketika hujan lebat.bicara tentang siapa2 sahaja.sekejap saja masa berlalu.masing2 mengorak hala depan hala tuju masa depan.cuma 1 pinta aku,jangan pernah buang kenangan dan rasa kerana hanya itu seorang manusia punya.to live hell or to live well,we choose.aku makin selesa macam ini.menolak dan terus menolak tubuh mengikut arus hidup.kerjalah kalau aku punya rezeki.ke uk lah kalau aku punya kekuatan lebih.ke universiti lah jika aku masih belum muak.ke lautlah jika kebebasan diberi.ke dada Allah lah jika itu takdirnya.aku berjalan dan berjalan.makan sampai gemuk.tidur sampai pengsan.Ya Allah, pintaku padamu bagi aku sedikit masa untuk rasa bahagia sebelum aku bergerak mencari redha-Mu.teringat kata-kata paan anak datuk pengarah, jangan kejar syurga sahaja.kejar juga redha Allah.aku jauh dari keduanya itu.aku sedang mencuba setiap saat.dan sekarang,aku rasa lebih kuat untuk bagi semangat untuk kawan2 aku yang perlukan cinta sayang aku selepas minum jus anggur putih ini,idamkan lebih segar,kupaslah sendiri.
ini adalah pesanan dari penaja.
"nah abg.ini apa yang adik janjikan.bising lah abg nak suruh adik famouskan abg.bukan adik xnak tapi bila ingatkan abg,hati rasa bengkak tahu?rasa macam nak sekeh2 kepala abg dan tutup mulut abg supaya berhenti ketawa.lepas ini kalau abg baca blog adik dan nak perli kutuk adik lagi tentang gaya penulisan adik yg tak macam ahadiat akashah ni,siap arr abg.adik suruh mama cilikan mulut abg ouh.juga kalau lepas ini tiada orang nak kawan dengan abg,jgn salahkan adik dan jgn datang menangis dekat adik.adik bagi side kick nanti.huh.adik cakap betul ni.betul ni.dah la.jgn gelakkan adik lagi."
nama : asnawi bin anuar.(pangkat abah dirahsiakan demi kerukunan rumah tangga)
umur : 22 tahun pada 28 september 2010 (kau tua lah abg)
alamat : merata-merata di area rawang,klang,selangor,kuala lumpur,new zealand,australia. (nomad)
pendidikan : diploma multimedia kptm IPOH(capital letter for Ipoh.tak kenal jalan konon)
kegemaran : bergelak ketawa bersama keluarga ( family man)
kegemaran tak berapa digemari adik : perli,kutuk dan ketawakan adik ( sangat menyakitkan ati)
kelebihan : gemuk,berisi,gelap,tak kacak,suka buli orang,suka tolong orang,suka bebel,suka main badminton,suka bertanggungjawab,suka menang,suka berfikir panjang,suka senyum dan gelak,suka berserderhana,suka bising,suka memendam rasa,kurang yakin,positif.
kekurangan : dia tiada kekurangan yang nyata
sifat : penyayang,setia,hormatkan org,melindungi,menjaga,utamakan keluarga,ikhlas,jujur,kelakar,merendah diri,pendengar yang baik,tidak suka bercerita,seorang yang berprinsip,suka mencari pengalaman hidup
berat : 58 kg( kan?)
tinggi : takdelah tinggi sangat.nice for a man.
kenderaan yang dibawa : satria neo,lori,kereta kebal dan jet (abah mintak balik jet abah)
makanan kegemaran : masakan mama,masakan abah,masakan adik tak tahu abg suka apa
minuman kegemaran : milo bibik buat
sukan kegemaran : badminton ( juara negeri selangor)
ayat kegemaran : "aku tampar kang dik".(tapi tak tampar jugak)
bakal isteri : wanita yang boleh buatkan hatinya berkata ya ataupun mulutnya berkata ya pada wanita pilihan mama
bakal anak : kena kahwin dulu
binatang peliharaan : tiada masa untuk menjaganya
binatang peliharaan : panda (perut macam abg kan?)
soalan lain : sila tinggalkan di ruangan komen.
ulasan penaja : asnawi anuar yang dikenali merupakan lelaki yang cukup baik.namun sifat baiknya itu tenggelam dek perangai nakal beliau.namun penyayangnya terserlah pada tutur kata dan budi bicaranya.asnawi merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam merencana hidupnya sendiri.dan hidup orang lain juga.dia merupakan seorang lelaki yang pentingkan keluarga.sangat manja dengan abah dan mama.setia adalah bonus untuk sesiapa yang dapat memiliki dia.baginya ketawa itu pelindung terbaik kesedihan.dan dia akan ketawa dan ketawa.cukup sekali saya katakan,siapa yang dapat memiliki dia,dia adalah wanita bertuah.ini janji saya.