sedang melihat anak mata

Posted by . | Posted in

hari ini sudah dalam minggu terakhir ramadhan.selamat menjalani ibadah akhir ramadhan dengan sebaiknya.ohh.semua kawan-kawan gembira mahu pulang beraya.hati aku tawar.tak cukup dengan rencah hari raya.hati tidak mahu pulang.kaki tak mahu melangkah.tangan tak mahu mengemas pakaian.badan tak mahu berada di terengganu.tapi desakan mummy yang mahu semua anak pulang beraya,aku turutkan.kerana janji aku dengan abg nawi yang mahu aku menerima keluarga,aku paksakan diri.sungguh aku akan jadi kerdil di sana.satu-satu harapan aku,abg im pula mahu ambil langkah mudah,mahu pulang beraya tanpa mahu tahu apa-apa.aku tersepit di tengah.kesedihan dan kesedihan.aku tahu segala cerita.kak ada mahu aku jadi pengarah drama raya nanti.pulang bukan untuk beraya tapi sekadar perjumpaan semua ahli keluarga.sentiasa si kakak menelefon.bercerita dan bercerita.dia sunyi dan perlukan teman bercerita.aku faham dan hanya itu mampu aku bantu.dan ternyata cerita tentang kebaya dan rambut baru mampu ceriakan dia.ahh.wanita dalam keadaan patah hati memang macam itu.konkrit sangatkah hati kau abang yang tak nampak kepedihan yang kakak tanggung?sudah butakah mata kau kerana perempuan itu?aku tak tahu mahu cakap macamana lagi dan aku rasa aku mahu diam sahaja.kak ada,jiha janji,habis semester ini,jiha ikut akak ke sipadan okay?kita bawa adam dan aqil eah?kak ada,walau bagi akak ini raya terakhir,jiha tetap rasa raya akan datang akak akan bersama kami.okay?berhentilah bersedih.matahari masih akan bersinar esok.sudah dengan cerita sedih dan drama raya.minggu ini merupakan minggu exam dan esok merupakan kertas terakhir.okay.boleh seronok.tapi kertas tadi sangat mengarut sahaja soalannya.damn.tak tahu macamana mahu buat.yakinkan diri sahaja.moga Tuhan masih ada dengan aku.
kebelakangan ini,aku tidak update blog kerana merasakan aku sudah kehilangan ramai kawan.aku rasa makin ramai yang pergi daripada aku.sumpah.sedih akan keadaan itu.masihkah kamu semua kawan aku?tengok sini.dengar aku.aku mahu kamu tahu yang aku sentiasa disini.pergi bila kamu mahu pergi.pulang kesini semula dan aku masih sentiasa disini.menunggu kamu menjadi kawan aku.sentiasa.



naz,moga cinta baru berkekalan.aku syg kau selalu.


*selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin.
moga sinar syawal membawa seribu erti.*

Comments (4)

selamat hari raya najiha:)

semuga kebahagiaan sentiasa bersama kamu KAWAN ku...

selamat hari raya aidil fiti jiha! :)

aku masih KAWAN ko lagi jiha..hepy selalu.. :)