saya baru selesai menutup lampu ruang tamu rumah.masuk bilik dan hidupkan semula laptop saya ini kerana saya perlu tulis ini.ini serius.selepas saya tutup laptop ini tadi,saya keluar dari bilik menuju ke dapur,saya lapar.tapi saya cuma mahu minum air kerana pakar diet saya cakap minum air kosong boleh lupakan rasa lapar.ceh.tipu saya.kerana saya pergi dapur dan makan ayam goreng.bawak depan tv.buka tv dan makan.saya pura-pura tak nampak jarum jam masa itu.abg saya datang dan duduk sambil makan ayam goreng juga.ya.ada teman dalam usaha tak sedar diri akan gemuk.dia selesai dulu dan masuk bilik tutup lampu.saya selesai makan pergi cuci tangan dan minum air.hajat saya nak ke bilik air dan tiba-tiba saya melintasi rak pinggan dan saya mengambil pinggan lalu tanpa segan silu dan kesedaran sivik,saya cedok nasi ke pinggan.ambik kau.nasi.dan seketul ayam masak merah.dibawa ke depan tv dan makan.selesai ke dapur semula dan ternampak nugget dalam peti ais.cepat-cepat saya tutup peti ais bila saya pegang perut saya dan rasa macam sudah tak slim leper macam dulu.saya rasa macam nak nangis bila sambil taip entri ini sambil saya makan keropok.sudah jam 3:23.saya tak tahu berapa banyak kalori saya ambil dan berapa pula sempat dibakar.serius.saya makin kritikal.
kehadapan sahabatku yang dikasihi,
tujuan aku menulis surat dalam entry ini adalah untuk megucapkan selamat hari jadi yang ke 20.kau sudah tua.sayang.stok tepung dan telur telah ku beli tapi kau tiada disini.
"babe,kau sudah 20.dah besar dah.sudah layak buat apa jua keputusan.sorry.aku jauh.nanti kita kumpul balik,kita ganti balik harijadi yg terlepas ini ya?juga aku nak mintak maaf dekat kau.bila kau tanya dulu,aku marah ke tak,aku cakap tak,tapi kau tahu aku marah kan?aku marah bukan sebab apa.aku tak nak kau nangis lagi.kau tahu kan betapa aku tak tahan tengok kau nangis.tapi sekarang aku sudah okay.aku sudah boleh terima semua itu dan aku sokong kau dengan dia tapi aku still lindungi kau.bila-bila saja dia buat kau,beritahu aku okay?dan aku masih ada untuk kau kongsi rasa.macam dulu-dulu.i do miss the old days.aku tak buang kawan.apatah lagi kau.kau cinta hati aku.tak mungkin aku nak lupa kau.dulu aku pura-pura merajuk.hahahaha.sudah tade kawan nak join kelab single aku lagi.but for God sake,i do happy when u happy.i do smile when u smile and when u cry dear,i hurt much more.aku rindu kau sungguh-sungguh.gila rindu masa pergi sekolah dengan kau.lepak rumah kau.menangis dengan kau.balik kampung kau.lepak dengan sepupu kau.sentiasa orang cakap,benda-benda ini kita semua akan kenang balik.i do.dan setiap kali aku ingat,i do cry.hahahaha.sebab aku tahu,saat macam dulu tak akan datang balik kan?okay.kau jangan sedih-sedih lagi.aku ada.sentiasa tulis surat untuk aku okay?aku rindu nak baca.sejauh mana kau pergi.selama mana kau menyepi.seteruk mana kau marah.sedikit mana kasih sayang kau.aku tak akan ubah nama kau dalam hidup aku.kau istimewa dan sebahagian hidup aku.mana mungkin kita berpisah kecuali ajal.aku sayang kamu.selamat menempuh alam 20.moga bahagia milik kamu sentiasa."
saya punya sedikit waktu pagi ini untuk menulis kerana anak kesayangan saya sedang lena diulit mimpi dengan ultraman.sudah terlalu lama saya tidak menulis.bahasa sudah tunggang langgang tiada arah.sama macam hati yang serabut.terlalu banyak benda tak selesai dari dulu lagi.dari 3 tahun lepas.dari zaman sekolah.dari zaman tadika.dari zaman kanak-kanak.semua kerana sifat pendam ini. saya tak tahu macam mana mahu luahkan tanpa memendam.kalaulah saya cuma tahu bercakap tanpa memikirkan akibat,sudah tentu saya lain sekarang ini.sudah tentu.tapi halangan pendam itu ada.saya cukup menjaga hubungan ini.sebab saya hargai apa yang berlaku.sampai bila saya akan berani untuk berterus terang kerana penyakit pendam ini sudah jadi kanser pendam.tapi tak sehebat gunung berapi.kerana saya tak nak menyakiti sesiapa pun.sikit pun tak nak.saya ada hati yang sangat rapuh biarpun saya sentiasa membina tembok di hadapan saya.untuk melindungi hati tentunya.tadi saya berbicara secara maya dengan salsabella.anak saudara saya.dia bagi saya pandangan yg sangat luas tentang makna bercinta itu.saya setuju dengan dia.katanya tak nak bercinta dan terus kahwin sahaja.bercinta itu berdosa baginya.dia sedang memperbaiki diri ke arah positif.saya sentiasakan doakan dia adalah insan-insan terpilih.dia sudah mendapat hidayah Allah.hati saya tiba-tiba terdetik.kenapa saya tidak jadi insan terpilih itu?saya tidak bertuahkah?sekali lagi jawapan saya adalah aturan Tuhan.saya akur tentang itu.dan tadi saya juga berbicara dengan abg secara matang.tanya dia soalan terpendam saya itu.dan nyata jawapan dia seperti jawapan insan-insan lain.sungguh perit untuk menerima itu tapi dia nyatakan yang dia sentiasa ada untuk saya walau apa pun jadi.saya tahu itu dan saya tak akan takut untuk buat keputusan.kerana saya tahu itu apa yang saya nak.macam abg cakap,kena berani.dan saya berani untuk tengok matahari esok walau apa keadaannya.doakan saya supaya berani pergi ke awan selepas ini.
*saya sedang menanggung rindu.sungguh saya benci perpisahan.ianya menarik seluruh jiwa raga saya.boleh tak bagi saya jam masa?saya mahu putar masa kebelakang.kalau boleh saya nak rakam setiap gelak ketawa kamu semua supaya saya akan dapat tengok lagi.tidaklah saya menangis begini.kamu semua yang berperasaan seperti saya juga,saya sangat rindukan kamu semua.jangan menangis selalu.kamu sentiasa di hati saya.

