aidilfitri kisah duka

4

Posted by . | Posted in

hari ini sangat melampau-lampau panasnya.serius.aku rasa macam nak menangis sebab panas sangat.panas neraka belum lagi.aku sudah tidak sabar mahu pulang ke ipoh.biarlah ipoh bandar mati.biarlah ipoh tiada hidup tapi sekurang-kurangnya ipoh tak pernah buat aku menangis sedih di hari raya sepanjang 20 tahun aku hidup sepertimana terengganu buat aku pada sambutan raya aidilfitri 1430 hijrah.sungguh.tak tipu.sumpah.cakap benar.ini raya paling teruk pernah aku alami.walaupun raya tanpa baju baru serta miskin segala-segalanya,walau raya tanpa ayah yang sihat,perasaan teruk dan sedih ini tak terbanding dengan raya kali ini.dengan rumah yang kacau bilau,ayah masih di situ,airmata sana,airmata sini,jerit pekik,tangisan ibu yang sedih akan anaknya,ahli-ahli keluarga yang menanggung rasa,ianya adalah mimpi ngeri yang sangat ngeri.i still hope this is a nightmare that will be gone when i wake up.but it is a reality.reality that hurt me so much.sejak malam raya lagi adegan perang bermula bila lelaki bergelar suami itu pulang.setelah sekian lama.suami,kenapa kau musnahkan harapan raya kami sekeluarga?isteri,kenapa kau lukakan hati kami sekeluarga?raya pertama seperti hari biasa.tiada adegan mintak maaf.tiada gambar.shit.tiada gambar keluarga.dan aku cemburu sama teman yang punya gambar keluarga.tiada gelak ketawa.penuh dengan tangisan demi tangisan.bilik hujung ada insan menangis.bilik tengah juga.di dapur juga.di ruang tamu juga.di beranda rumah juga.dan aku menangis di dalam hati kerana anak-anak tidak mengerti apa-apa.raya kedua,perempuan jalang itu mengganggu.terjadi lagi perang.ahh.aku sudah tidak betah duduk terengganu.malam itu aku mahu hantar si ibu ke lapangan terbang.biar seorang tiada barulah tidak terjadi perang namun,ada pihak menghalang.jaga hati ibu mertua.dan malam itu lagi sekali drama tak berbayar.aku sudah sembamkan muka ke bantal.dimana mahu aku cari damai?syurga atau neraka?atau tiada di dua-dua tempat itu?raya kedua,semua sunyi sepi.tidak berziarah kemana-mana.semua duduk di rumah yang sudah hilang makna keluarga.kau pandang wajah aku.aku pandang muka kau.tiada perasaan.sangat sedih dan hatiku bagai direnyuk dan digilis lori.ini yang aku dapat bila aku mula menerima keluarga,lebih baik aku jadi yang dulu.yang tiada perasaan tentang keluarga.yang hidup sendirian tanpa keluarga.tapi aku tahu,aku bukan budak lagi.keluarga adalah keluarga walau macamana teruk pun mereka.pedihnya menerima kenyataan tentang keluarga.raya ketiga,raya keempat dan hari ini.masih sama.aku masih belum ke rumah saudara kerana kejutan drama yang bersambung dari malam raya lagi.apa nak buat.sudah takdir.saat ini aku mahu segera ke ipoh.biar disana aku tiada keluarga tapi aku punya kawan-kawan yang sentiasa dengan aku.kawan yang sentiasa gelak dan menangis.dan peluk aku.bagi aku rasa sedikit kasih serta sayang.bukan seperti di sini.aku perlu menangis meraung-meraung baru mereka akan sedar akan aku.tragik bukan?tapi ini yang terjadi.teman-teman,aku rindu kamu.maaf kerana tak menghubungi.aku sibuk membikin drama air mata.sudah habis stok tisu di kedai.selamat hari raya buat kamu dan keluarga.aku sentiasa rindu gelak ketawa kamu.nanti tanyakan kelurga kamu,aku boleh jadi anak angkat keluarga kamu tak?





*bukan niat bercerita aib keluarga,tapi ini saja caranya.aku sendiri,tidak berteman dan hanya ini ruang aku.izinkan aku bercerita dan melepas rasa.kalau tidak,aku akan kalah dalam perjuangan ini.

pulang

2

Posted by . | Posted in

jam 8:50.aku sedang mengemas baju.tadi berbuka sendiri.mi segera dan hot chocolate.hell.tahun ini paling banyak kali berbuka sendiri.sudah lah tahun terakhir.memang takdir aku seorang diri.sangat sedih.chenta-chenta hati aku sudah berada di rumah masing-masing.naz di klang.fiza di taiping.bas aku jam 11 malam.tadi abg din call yang dia pun balik malam ini.nasir sudah di terengganu.apa mimpi mamat itu balik rumah awal sangat.abg im sudah tidak sabar mahu aku pulang.tahukah engkau bahawa aku takut mahu pulang?aku takut mahu menerima kenyataan yang pedih mencarik tangkai hati dan melumpuhkan makna raya bagi satu keluarga?.damn.mummy mengeluarkan amaran tegasnya.everyone must come back to terengganu.yeah mummy.i will.dont u worry.anak seorang ini tak akan derhaka lagi.sudah penat.sudah puas hidup ini diatur.saya mengalah mummy.give back my own life when you ready okay?jadi tak dapat tidak memang aku kena balik.damn.tadi bawu berfikir nak jual balik tiket ini.nak raya di ipoh sahaja.biar seorang mendengar takbir raya disini,asalkan tidak sayu melihat mata-mata yang tak berdosa.najihah,kena jadi dewasa okay?no more childish mindset will you?there is a family at terengganu.there is lot of heart to be taking care of.also your cousin are going to united kingdom,dont you want to say goodbye?eventhough she is not the favourite,jagalah hati kawan-kawan lain.yeah.nak balik la ni.jangan bising-bising boleh?anybody nak temankan aku balik?at least aku ada strangers at home.tadelah rancak sangat perang nanti.anybody?nobody?okay then.buat chenta aku,i already miss u guys.serious rindu.nanti sudah habis belajar macamana agaknya rasa rindu itu?mesti terguling sendiri menganggung rindu dekat korang kan?hell.aku benci perpisahan.okay then.aku mahu sambung kemas.mahu heret hati pulang ke terengganu.mahu tolak badan dan minda ke rumah.terengganu,sambut aku dengan senyuman ya?sebab aku sudah cukup penat menangis disini.







*seorang kawan cakap aku tak reti bersyukur kerana tak mahu pulang ke rumah.ingtkan saya untuk bercerita sama kamu ya?

bergelek sakan

2

Posted by . | Posted in

terima kasih untuk gelak semalam.terima kasih untuk senyuman semalam.terima kasih untuk suara semalam.terima kasih untuk kutukan semalam.terima kasih untuk pujian semalam.terima kasih untuk sebuah persahabatan semalam.terima kasih untuk sebuah kenangan semalam.terima kasih untuk hari semalam.terima kasih untuk segalanya dan untuk semalam.kamu semua yang terhebat.buat semua pelakon drama "sebuah kisah semalam",ini memori terhebat yang kita cipta bersama dan semua yang sentiasa berada di hati ini walau aku sentiasa merasa kamu lari daripada aku,kamu yang terhebat pernah aku ada.






*abg im,kau tunggu ya?aku dah nak balik malam esok.kau sila tunggu aku dan sokong aku untuk drama keluarga raya.dan doaku,kita masih keluarga ya?

sedang melihat anak mata

4

Posted by . | Posted in

hari ini sudah dalam minggu terakhir ramadhan.selamat menjalani ibadah akhir ramadhan dengan sebaiknya.ohh.semua kawan-kawan gembira mahu pulang beraya.hati aku tawar.tak cukup dengan rencah hari raya.hati tidak mahu pulang.kaki tak mahu melangkah.tangan tak mahu mengemas pakaian.badan tak mahu berada di terengganu.tapi desakan mummy yang mahu semua anak pulang beraya,aku turutkan.kerana janji aku dengan abg nawi yang mahu aku menerima keluarga,aku paksakan diri.sungguh aku akan jadi kerdil di sana.satu-satu harapan aku,abg im pula mahu ambil langkah mudah,mahu pulang beraya tanpa mahu tahu apa-apa.aku tersepit di tengah.kesedihan dan kesedihan.aku tahu segala cerita.kak ada mahu aku jadi pengarah drama raya nanti.pulang bukan untuk beraya tapi sekadar perjumpaan semua ahli keluarga.sentiasa si kakak menelefon.bercerita dan bercerita.dia sunyi dan perlukan teman bercerita.aku faham dan hanya itu mampu aku bantu.dan ternyata cerita tentang kebaya dan rambut baru mampu ceriakan dia.ahh.wanita dalam keadaan patah hati memang macam itu.konkrit sangatkah hati kau abang yang tak nampak kepedihan yang kakak tanggung?sudah butakah mata kau kerana perempuan itu?aku tak tahu mahu cakap macamana lagi dan aku rasa aku mahu diam sahaja.kak ada,jiha janji,habis semester ini,jiha ikut akak ke sipadan okay?kita bawa adam dan aqil eah?kak ada,walau bagi akak ini raya terakhir,jiha tetap rasa raya akan datang akak akan bersama kami.okay?berhentilah bersedih.matahari masih akan bersinar esok.sudah dengan cerita sedih dan drama raya.minggu ini merupakan minggu exam dan esok merupakan kertas terakhir.okay.boleh seronok.tapi kertas tadi sangat mengarut sahaja soalannya.damn.tak tahu macamana mahu buat.yakinkan diri sahaja.moga Tuhan masih ada dengan aku.
kebelakangan ini,aku tidak update blog kerana merasakan aku sudah kehilangan ramai kawan.aku rasa makin ramai yang pergi daripada aku.sumpah.sedih akan keadaan itu.masihkah kamu semua kawan aku?tengok sini.dengar aku.aku mahu kamu tahu yang aku sentiasa disini.pergi bila kamu mahu pergi.pulang kesini semula dan aku masih sentiasa disini.menunggu kamu menjadi kawan aku.sentiasa.



naz,moga cinta baru berkekalan.aku syg kau selalu.


*selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin.
moga sinar syawal membawa seribu erti.*