3 pagi

4

Posted by . | Posted in

jam 3 pagi.aku baru selesai meletak telefon.aku bergayut ala-ala monyet dengan abg tadi.banyak cerita dan kutukan yang kami kongsi tapi sebabkan keadaan aku yang tak berapa nak elok.dengan batuk,sakit tekak,pening kepala,muntah-muntah,memang lengkap kitaran sakit itu.tapi itu tak menghalang aku untuk gelak ketawa.kau masih macam dulu abg.bila adik mengadu sakit,abg tak akan layan sebaliknya akan ajak adik bercerita hal lain untuk lupakan sakit itu.dan nak tau,ianya berjaya.abg masih dengan perangai dulu,ketawa dan ajak aku untuk ketawa.bertanyakan tentang kolej,kawan-kawan,hidup aku.dont worry abg.i'm fine here.adik nak buktikan yang abg dah bagi nasihat yang cukup sebelum abg tinggalkan adik.dan adik bukan lemah antibodi okay?kekadang terbit tanda tanya di hati,sungguh aturan Tuhan itu memang tak dapat disangkal.kami sudah macam adik beradik kandung sedangkan setitik darah yang sama tiada dalam badan kami.memang Tuhan punya kuasa atas segalanya.the way that you protect me bro,the way u act with me,the way u teach me,make me think about my family and suddenly this came up."there is a time when strangers become family and family become strangers".yeah.adik mohon sangat-sangat,Tuhan akan bagi abg bahagia.bagi abg gembira.bagi abg segalanya.kerana adik tak sanggup lagi tengok abg derita.kepada gadis-gadis di luar sana,abg saya ini berstatus bujang dan sedang mencari calon isteri.sila tinggalkan komen jika anda rasa sudah jatuh cinta dengan abg saya.hahhaha.kau glamour la nanti abg.aturan hidup.aku bangun.berjalan.jumpa orang.jumpa sesiapa sahaja.menjadi manusia.semua ini boleh dirancang tetapi yang menentukan adalah takdir.macam khai cakap,destiny.oh ya.khai,abg senior yang paling baik itu kirim salam kepada kamu.saya sudahkan disini.saya mahu ke tandas lagi dan patutkah saya tidur di tandas sahaja?macam yang abg saya cadangkan?kadang-kadang idea kau pelik la abg.tapi apapun.adik ini sayang kamu.sentiasa rindu kamu.


*boleh tak keluarkan tekak ini dan berus supaya tak sakit lagi?

subuh hari

4

Posted by . | Posted in

subuh hari.
aku baru sahaja menutup ruangan sosial myspace.
komen terakhir adalah dengan abg.oh.kau memang seorang abg yg baik.terima kasih Tuhan untuk abg.sila jaga dia baik-baik.
tadi ada seseorang mahu aku menerima hatinya.maaf.aku tak mungkin boleh lakukan itu.
jujur.hati masih belum bersedia.Tuhan masih belum bagi aku kekuatan yang cukup.
aku selesa begini.selesa sendirian.tidak terikat.
naz sedang lena tidur.alangkah damainya wajah yang satu itu.aku teringatkan afiq.betapa mulus wajah kecil itu.ohh.aku mahu pulang ke rumah.sumpah.aku mahu putarkan masa.jedakan masa ketika aku dan afiq.jangan sesiapa ganggu.jangan sesiapa iri hati.
semalam aku menerima warkah cinta rindu kasih yang bertintakan air mata.sayang.kau sudah kuat sekarang.kau sudah tabah.kau tak lagi jatuh terduduk.kau tak lagi terjun ke dalam masalah.kau hebat sekarang baby.kau juara dalam pertandingan siapa wanita kuat.ya.aku anugerahkan kamu gelaran itu.teruskan selangkah lagi untuk menjadi wanita cantik.seterusnya kau akan jadi wanita sempurna idaman lelaki.cuma kau kena yakin.kau kena berani.sila jadi kuat.jangan menangis kecuali kau sudah kehabisan nafas.okay.aku sentiasa denganmu.




wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya,
tersenyum di saat tertekan,
tertawa di saat hati sedang menangis,
memberkati di saat terhina,
mempesona kerana mengampuni,
wanita cantik mengasihi tanpa memarah,
bertambah kuat dalam doa dan pengharapan,
wanita cantik di sisi Allah.


ini resipi buat kamu baby.sila cuba.buktikan hasilnya.

hujung minggu

2

Posted by . | Posted in

sabtu.
petang.
sendirian di rumah.semua keluar berdating.berseronok.
perut sangat kenyang.hari ini kami masak ramai-ramai.
aku tak tahu ape aku nak buat tadi.
aku bukak fail lama-lama.aku belek kenangan.
aku teringat semuanya.
aku kaku.aku terpempam pada raut wajah ketawa kami.
sumpah.itu waktu terbaik aku ada.
tapi sayang.waktu itu berlalu macam itu sahaja.
tiada mahu menghargai.
aku simpan fail itu di disk d.aku mahu kekalkan itu.
aku sudah mahu akhiri zaman kami disini.
sumpah aku tak nak.
ini yang bina aku.
kawan-kawan inspirasi aku untuk senyum dan gelak ketawa mereka penyuluh semangat aku untuk terus bangun dan berjalan.
berjalan tinggalkan memori hitam.
jadi diri aku sekarang.
aku sayang kalian.aku tak mahu kalian tinggalkan aku.tolong jangan.

pagi rabu

4

Posted by . | Posted in

pagi.
sudah gosok baju.
ingat nk basuh baju,tapi malas.
lapar.tapi saya malas nak turun.
rindu rumah.saya rindu bunyi ayam.
rindu nak mandikan afiq.rindu rengekan dia.
saya rindu padang roket.juga rindu kenangan disitu.
saya mimpi sesuatu.tak mungkin itu akan berlaku.maaf abg.
saya mahu ke kolej.hadiri kelas.mp.praktikal.semua itu buat saya pening.
ada siapa-siapa mahu ambil saya untuk praktikal?
mengeluh.
sebahagian dari hidup.
hati ini simpan banyak rasa.
tapi lebih selesa simpan sahaja.
hati tak mahu melukai orang lain.
kamu yang tunggu saya,sila cari bahagia sendiri.tolong.jangan buat saya gila.
oh.
rasa yang terutama ialah rindu.rasa kurang terutama ialah kenangan.
seperti biasa.bangun dan terus berlakon seperti saya kuat.
Tuhan,jangan ambil kekuatan saya selama ini.

ateh rindu kamu afiq

*saya mahu pergi mandi.

thanks yean.

2

Posted by . | Posted in

award dr yean.


kasih buat kamu banyak-banyak.award ni comel mcm kamu juga.


dear sha.

5

Posted by . | Posted in

tag..
1.Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
-dahi.pipi.tangan.hahhahhaha.

2.How did u feel when u woke up this morning?
-malas la ke kelas.perlu ke kelas2 ni?

3.Who was the last person / people you took photo with ?
-housemate.naz,fiza,along,wani.seronok.:)

4.Would u consider urself spoiled ?
-x kot?

5.Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
-ada2.kawan paling best dalam dunia.

6.Do you want someone to be dead?
-someone that hurt my love can go to hell.gila jahat aku.

7.What does your last text message say?
-to abg nawi."sori.adik mamai td.present suma ok?bagus2,ok.abg jga dri.drive leklok.ngantuk berhnti.jgn laju2.kang abg kemana,fairlady kemana.jga dri.adk akn rndu abg selalu.abg pun sila rndu adk.krang smpai bgtau.bye".wah.copy sebijik 2.hahahha

8.What are you thinking right now ?
-lapar.bosan.ipoh ni bndr mati tul.makcik sebelah ni sila jgn menyibuk la.

9.Do you want someone to be with you right now ?
-seseorang yg kaya.can fulfill my dream.nak kereta skrang leyh?

10.What was the time you went to bed last night ?
-gila.smlam x dpat tdo.kul bape ntah tertdo.

11.Where did you buy the tee you are wearing now ?
-scarlet jj kinta city.ipoh.

12.Who was the last person who text you ?
-nazirah ehsan

13.TEN Lucky Person to do this quiz.
-1- nazirah
-2- nazrul
-3- t.k.a
-4- ahmad nazri azmi
-5-maisara
-6-yean
-7-nadia
-8-lolipop
-9-hunny
-10-fiza
14.Who is no.2 having a relationship with ?
-tgh berpikir2 ni.sape pompuan itu ya?

15.Is no.3 a male or a female?
-lelaki.pasti!

16.If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
-owh tidak.lesbian itu.dosa.

17.What is no.1 studying about?
-multimedia jugak la.

18.When was the last time you chatted with them?
-ari ini.

19.Is no.4 single?
-tidak2.dia sudah punya maharani.

20.Say something about no. 2.
-kau cool la.

21.What do you think about no.3 & no.5 being together?
-bleh ja.lagi aku suka.hahahha.

22.Describe no.9
-budak klas aku ni.

23.What will you do if no.6 and no.7 fight ?
-owh.sudah tentu leraikan.x bek la gado2.

24.Do you like 8?
-sure.chenta ati sampai mati.

25.How about 10?
-kawan aku yg paling malas nk update blog.sila delete blog anda la.

kau lain la abg

2

Posted by . | Posted in

eh abg.aku syg kau lebih la hari ini.kau baik sangat la hari ini.terima kasih yang tak terhingga kerana abg sudi mencuri masa.sudi memandu dari bangsar ke klang.sudi mengambil barang naz dan adik.sudi tinggalkan program itu sekejap.kalau abg sentiasa baik macam ini kan bagus.bahagia saja hidup adik.macamana mahu cakap lagi ya?abg sangat baik la hari ini.bukan tak pernah abg baik selama ini tapi hari ini baik sangat la.hahhaha.walaupun abang sangat sibuk dengan anak-anak yatim itu,tapi,abg baik la.itu saja adik nak cakap.selebihnya tunggu di ipoh la.

ok,ayat di atas sangat mengarut tapi itu hakikat.dua janji itu tunggu kami dapat barang2 dulu ya?tiba2 adik terfikir,siapa yang bertuah untuk mendapat abg dan adik teringin nak tahu satu hari nanti.dan sememangnya wanita itu sangat bertuah.

*puji2 macam ini kurangkan janji itu,lebihkan berat pahala ya?